Archive

Archive for October, 2007

chinese friends

October 31, 2007 6 comments

foreign language is precious

Semalam kawan aQi (ng shi tao) datang rumah. Kawan satu kelas sekolah cina depan rumah itu.

aBo pun tumpang sekaki dan tunjuk-tunjuk mainan transformer itu.

Memang speaking cina bebudak bertiga itu. Teringat me kawan aQi yang seorang lagi.

Alahai.

Categories: Family

white volvo

October 30, 2007 8 comments

It is really nice but the price you pay is far too much for mid size car

Lepas solat jumaat yang lepas, me singgah sekejap di BV tempat membeli belah itu.

Me ternampak volvo putih S60 itu. Memang anggun.

Tapi volvo bukanlah jenama dalam lis me ‘dream cars’ itu.

Alahai.

Categories: transport

third becomes ninth

October 29, 2007 4 comments

happy 9th birthday, but me not around

Hari ini aQi genap sembilan tahun. Cakap cina pun sudah petah. Kelentong pun dah terer!

ferris11.gifPrevious birthday on 2003.

Oklah tu.

Categories: birthday

mirror on the wall

October 29, 2007 7 comments

mirror, mirror on the wall – who is the fairest (blogger) of all

Pagi sabtu lepas, me pergi ke pekan M. Me beli cermin perhiasan besar untuk digantung di ruang tamu.

Cermin perhiasan yang besar, bingkai diperbuat dari kayu getah. Kayu getah memang lebih murah dari kayu jati.

Alahai.

Categories: property

personal loan

October 28, 2007 12 comments

That EUR 300 million loan does not seem to appear anywhere in Bank Islam’s books [+ links ]

Bulan lepas, ada rakan me yang cuba hendak buat pinjaman peribadi.

Bank paling dekat dengan pejabat ialah bank islam. Pada masa itu, bank islam ada buat tawaran pinjaman peribadi tanpa penjamin.

Tapi selepas beberapa puluh kali telefon ke bank islam, rakan me kata permohonan beliau ditolak. Me tanya kenapa?

Rakan me bilang, sebab syarikat me yang canggih manggih bayar gaji mahal untuk pekerja ini tidak tersenarai didalam syarikat yang bank islam tawarkan.

Alahai.

Categories: Bank

the national museum of Malaysia

October 27, 2007 12 comments

earlier this year, the Muzium Negara announced that it was going through renovations [+ website ]

Tengahari kelmarin, me pergi Muzium Negara itu. Seorang diri juga.

Bukannya jauh sangat, lebih kurang 15 minit saja jalan kaki dari pejabat me. Perjalanan melimpasi KL Sentral itu. Sudah lebih dua belas tahun me tidak masuk ke muzium itu.

Me masuk ikut pintu depan, tepi lebuhraya itu. Me panjat tangga yang tinggi itu. Me bayar RM2 di kaunter tiket itu. Me tenguk ada rombongan pelajar sekolah. Ada juga orang putih yang datang. Ada dua orang makcik duduk di bangku berbincang masalah peribadi masing-masing. Aiman tak kisah.

Mula-mula me jenguk pameran tingkat bawah, tradisi orang-orang Malaysia berbagai kaum dan budaya. Ada tengkorak tengkolok, ada wayang kulit.

Me naik ke tingkat kedua dewan satu, pameran dari zaman melaka ditawan portugis, kemudian belanda, kemudian british. Tapi hati-hati sebab ada lantai kaca disitu!

Lepas itu me masuk ke dewan dua, pameran dari zaman perang jepun hingga merdeka.

Me balik pejabat semula dalam masa satu jam. Sempat ambil gambar sana sini. Tapi me tidak sempat hendak makan tengahari lah pula.

Alahai.

Categories: links, photography

raya cookies

October 26, 2007 26 comments

great cookies available no more

Macam biasa me bawa kuih-kuih raya ke pejabat.

Macam biasa juga me jemput kawan-kawan me merasa kuih-kuih yang me bawa itu.

Jikalau sesiapa mahu merasa kuih-kuih, rempeyek itu, (+ kuih sampan ) itu,silalah bertandang ke meja me. Jangan malu-malu noo. Kalau kuih-kuih me itu tinggal serdak, silalah bertandang ke rumah me lah pula.

Alahai.

Categories: Food