Archive

Archive for November, 2009

babi haram*jadah

November 30, 2009 100 comments

on the left, not the boar’s islands i thought initially

Pantai mersing memang terkenal dengan pulau-pulau. Kalau hendak ke pulau tioman pun boleh naik bot dari jeti mersing.

Kelmarin, bila tiba di kampung makam, me ternampak ada pulau yg seakan-akan dua ekor babi hutan bentuknya. Lagipun bila me tengok di peta dan gprs, memang ada pulau bernama pulau babi besar dan pulau babi tengah.

Tapi bila diamat-amati (dalam peta), ianya bukanlah pulau babi. Sebetulnya ianya adalah pulau batu gajah berdekatan dgn pulau setindan yg lebih besar disebelah kanan itu. Kata orang juga, kalau air surut, boleh berjalan kaki saja dari tanah besar ke pulau setindan. Entahkan betul entahkan tidak.

they really look like two boars

Alahai.

Categories: Travel

pinky things I snapped today

November 29, 2009 38 comments

a pink house and a pair of abandoned lady’s pink sandal in kampung makam, mersing

Siang tadi (sabtu) me sudah tiba di mersing. Tujuan utama adalah mencari keropok ikan yg popular dijual di pantai mersing.

Me sebenarnya tertarik dengan ‘kampung makam’ yg diberi nama. Bukan di kota tinggi, tetapi di jalan endau ke mersing. Jadi me singgah dan bertanya pakcik di warung itu. Ada dua soalan. Yg pertama berkenaan uniknya nama kampung makam, adakah ianya makam diraja?

“sebenarnya hanya satu kubur sharipah, keturunan sheikh dari terengganu, bukan kerabat diraja ponnn..”

kata pakcik itu.

Soalan kedua, berkenaan warung mee bandung yg popular setelah me menggoogle sebelum ke situ. Pakcik itu tiba-tiba ketawa terbahak-bahak.

“warung dah tutup, tokeh dia dah balik muoor, dah pencen..”

i am sorry i cannot find any information about this lonely grave (nothing to do with sharifah aini and her ‘seri mersing’)
jalan sheikh hassan, mersing

Alahai.

Categories: photography

kalau asal blog yg baik, dicampak ke laut menjadi pulau

November 25, 2009 38 comments

peace park, labuan

Semalam (isnin) me sudah tiba di pulau labuan wilayah persekutuan. Dari pulau borneo, limpas bandaraya miri. Menaiki bas ting-ting sendirian juga.

Sambil itu, me hendak mengucapkan ribuan terimakasih pada kawan-kawan semua. Me terharu sebenarnya. Walaupun me tidak sempat singgah-singgah, jenguk-jenguk dan komen-komen blog kawan-kawan. Tapi kawan-kawan tetap tidak serik bertandang ke blog me yg ini.

macam ulat nangka jatuh ke batu.. ghitewww

Tanpa kawan-kawan yg best-best itu, siapalah me yg ini kan.Kannns.

Alahai.

Categories: Travel

raja masai menghadap raja brunei berkenaan perlawanan sabung ayam

November 22, 2009 39 comments

masjid sultan omar ali saifuddien
bandar seri begawan

Semalam (jumaat) me sudah tiba di bandar seri begawan. Berwisatawan dalam negara darussalam untuk pertama kalinya. Bersendirian seperti biasa juga.

Baru saja me hendak mulakan blog semula, ada saja komen yg tidak membina.

Siapa kata me tidak suka letak gambar masjid lagi dalam blog ‘memang lumayan’ ini? Sedih kan.

Tapi tidak mengapa. Di sini me letak dua gambar masjid yg sama. Siang dan malam. Tidak boleh banyak-banyak gambar masjid, nanti ada kawan-kawan lain yg bosan dan mengantuk yg cakap blog ini macam blog ri-ak, cerita pasal masjid dan berlagak macam orang alim saja.

Dan jika esok lusa tulat me tidak dapat buat entri yg baru, bermaksud me dah padam. Cuma harapan me nanti, kawan-kawan sedekahkan saja surah al-fatihah buat me. Boleh kan.

good night brunei

Alahai.

Categories: Travel

yg dirindui

November 20, 2009 46 comments

so many days, you are still my friends

Belum pun 4 minggu lagi dari entri me yg terdahulu. Tapi ramai kawan-kawan yg gundah gulana. Jangan risau, setakat ini me sihat sejahtera seperti biasa. Alhamdulillah.

Sebenarnya banyak yg hendak me ceritakan. Gambar-gambar diatas mengisahkan sebahagian daripada behibu-hibu gambar yg me tangkap setiap hari.

Berpetualang pulau temasik – sendirian
Ketagihan kiub rubik – kegigihan
Merindui tangki air penor – pengembaraan
Raja masai raja lelong – untung sabut timbul
Muzium kesenian Islam – keinsafan

Sementara itu, me sedang kemaskinikan album dalam projek 365 disini:

ferris11.gif Gambar-gambar dalam “album”, sepuluh hari setiap lembaran.

Alahai.

Categories: photography

SeTenang Air Dikali

November 1, 2009 117 comments

(insert tenang in the next 4 km)

another four weeks cool i am
kampung tenang, 85300 labis, segamat [+ maps google ]

Me rapu gila komen pun hendak rehat dan tenangkan fikiran juga. Boleh kan.

Sambil me nak pantunlah sikit.

rama-rama di pinggir kali,
menghisap madu si bunga cina;
luka lama berdarah kembali,
luka baru parutnya dimana uoolsss..

Alahai.

Categories: Ho Hum