Archive

Archive for July, 2010

jangan jenguk-jenguk saja

July 31, 2010 34 comments
glass wall

Praying behind glass wall in Bukit Jalil Stadium's surau

Hari ini sudah sampai dipenghujung bulan Julai 2010.

Dan ini adalah entri terakhir me untuk bulan ini.

Jumpa anda di bulan depan ya kengkawan.

Alahai.

Categories: Ho Hum

en_me yg memang lumayan interviews – linda si miamanis

July 30, 2010 55 comments

Ini bukan tag.

Seperti yg dijanjikan, setiap hari jumaat me akan buat satu entri istimewa untuk kengkawan yg best-best itu. Me akan temubual (diatas kerusi hitam diatas) rakan blogger yg jauh dan dekat, yg selalu singgah-singgah, jenguk-jenguk dan komen-komen blog  ‘memang lumayan’ me yg ini.

Untuk episod kedua ini, tanpa membuang masa, kita tengok siapa yg kena. Tak lain dan tak bukan ialah puan linda manis pemilik blog ‘semuanya manisss…‘ yg itu. Ya, blogger surirumah yg tanpa segan silu memberikan tip-tip berguna pada malam-malam jumaat. Kekadang me sendiri yg malu membacanya. Biarkan. Biarkan.

Jom kawan-kawan, kita layan.

1. Blog ‘Semuanya Manisss…’ itu manis yg macamana?
Semanis senyuman semua pembaca yang saya hormati . muaaah !

2. Pernah tak cerita pengalaman tak manis dalam blog sebelum ini?
Sekali sahaja . Itupun sbb tertekan dgn beberapa blogger (lelaki) yang toooot ..

3. Bila Puan Linda dilahirkan? Haribulan, bulan, dan tahun, please.
26 November 70an ( now, saya berumur 30an )

4. Kita semua tahu tentang kebaikan memblog. Tapi Puan Linda rasa ada tak keburukan memblog?
Disebalik kebaikkan tentu ada keburukkan . Itu Proses biasa dlm kehidupan .

5. Blog Puan Linda ada juga iklan nuffnang. Puan Linda rasa berbaloi tak letak iklan dalam blog?
Berbaloi juga…

6. Kalau Puan Linda ada duit dua puluh empat juta hinggit, apa yg Puan Linda rasa akan lakukan?
Har har har … ketawa serupa orang kahya !

7. Puan Linda sekarang menjadi surirumah sepenuh masa. Pernah terfikir nak bekerja dipejabat?
Tidak ! . well, bukan senang tau nak jadi ‘suri’ . Dalam rumah sendiri pulak tuh ..

8. Puan Linda sekarang sudah tinggal di Pantai Timur. Ada perkataan orang Pantai Timur yg Puan Linda tak faham sampai sekarang?
Semuanya faham . Saya cepat belajar menerima situasi tertentu .

9. Pernah terfikir untuk menulis buku?
Yup ! sedang lakukan sekarang . (Koleksi peribadi)

10. Puan Linda rasa bila Lebuhraya Pantai Timur dari Kuantan ke Kuala Terengganu akan siap dibina?
No idea ( ehh..ada ke ? )

11. Percayakah yg penyu boleh menangis?
Yup ! .. saya pernah nampak airmatanya mengalir deras. Then kami menanggis bersama . Situasi itu cukup mengharukan ..serius .. huhuuu

12. Penyanyi dan pelakon yg tidak popular itu yg didapati bersalah meminum arak yg telah dijatuhkan hukuman sebatan rotan dan dibebaskan membuat kerja-kerja amal. Puan Linda tahu tak?
Tak tahu , sebab dia tak popular . Lagipun, saya tak minat nak ambil tahu …

13. Harga minyak dah naik seposen. Harga gula dah naik dua poh lima sen. Puan Linda rasa blog ‘miamanis’ akan menjadi ‘miakurangmanis’ kah?
Hahaha … sesuka hati jek nak tanya soklan nie … Tidak akan berkurangan , malahan bertambah selagi ada senyuman dari anda semua …

14. Masa Puan Linda besekolah dulu pakai baju kurung kah atau free hair kah?
Berbaju kurung dan tudung

15. Kalau Puan Linda jumpa Salim (bekas penyanyi Iklim), Puan Linda nak cakap apa dengan dia?
Suruh dia bertanggungjawab terhadap anak2nya bersama isteri pertama !

16. Puan Linda pernah makan mee goreng campur nasi goreng?
Yup ! jimat 2in1.. haha

17. Pernah tak anak-anak kata Puan Linda ‘tak pandai’?
Tidak pernah .

Tapi, selalunya saya sendiri yang cakap ‘tak pandai’ . pastu suh dorang reramai tanya Ayahanda mereka . ( fuhh..selamat nak jawab soklan cepumas ) ekeke

18. Bunga jenis apa yg Puan Linda suka?
Sejujurnya … Bunga Kenanga .

19. Puan Linda  suka baca majalah jenis apa?
Tidak terhad . Semua jenis bacaan saya baca . Menu wajib setiap hari ..

20. Kalau Puan Linda dengar guruh dilangit, adakah air ditempayan dicurahkan?
Tiada jawaban – Sbb tak pernah buat . Rumah takde tempayan .

Okeh .. dah siap . Jawapan spontan . Tidak melebihi 10 minit … daaaa….

Terimakasih ya puan linda kerana sudi melayan temubual me yg ini. Kesimpulannya, puan linda memang blogger yg sungguh sporting. Walaupun kekadang komen-komennya yg berunsur 18sx yg tidak keterlaluan, tetapi puan linda senantiasa mengambil langkah berjaga-jaga. *Senyum.

Dan siapa pula yg bakal menduduki kerusi hitam diatas pada minggu depan? Me pun tidak tahu uooolss. Kita tungguuuuu.. ;-P

Alahai.

Categories: Ho Hum

kerani yg jujur

July 29, 2010 22 comments
counters

It's sometimes difficult to believe that you still can find many honest bank clerks at the counters (Bank Simpanan Nasional Headquarter, Jalan Ampang)

Tengahari semalam, mula-mula me nak beli sijil simpanan premium (ssp) di bank simpanan nasional (bsn) di cawangan ampang park itu. Macam biasa. Sepelaung saja dari ofis me.

Tapi me gatallah pula, nak berjalan kaki ke ibupejabat bsn melimpasi lampu isyarat klcc nun disana. Memang jarak yg agak jauh. Adalah kira-kira 17 minit perjalanan kaki pergi sahaja. Dan balik ke ofis pun sama. Tapi bagus juga sebab boleh buat senaman kaki dan senaman mata.  *Senyum. Dalam panas terik, peluh pun boleh mengalir mencurah-curah atas dan bawah. *Senyum lagi.

Sebelum itu, me sudah keluarkan duit dari mesin atm bawah pejabat saja. Sekali cucuk keluar duit. Sekali cucuk keluar duit. Begitulah kalau me cucuk kad atm keluarlah duit sehinggalah mencapai had pengeluaran duit untuk hari itu.

Bila sudah di kaunter bsn, me serahkan borang ssp kepada kerani nombor 6. Bila mamat kerani kira duit me guna mesin pengira, baru me perasan me sudah terlebih bagi. Bukannya sikit, tapi sepoh keping duit lima poh hinggit. Nasib baiklah mamat kerani itu baik hati dan jujur orangnya. Dapatlah me duit itu balik.

Tapi ini bukanlah yg pertama kali me jumpa kerani bsn yg jujur. Terimakasih dan syabas me ucapkan.

Nota: Cabutan pemenang bertuah bulan Julai 2010 akan diadakan di Pusat Membeli-Belah Terminal 1, Seremban pada hari sabtu ini. Hadiah utama adalah kereta BMW 320i.

ssp

This saturday will be another lucky winner of the luxury car in Seremban. Please don't miss it.

Pascanota: tunggu punya tunggu punya tunggu. Hari berganti minggu, minggu berganti bulan. Bulan pun tujuh bulan sudah. Akhirnya, baru tadi dapat duit kutu. Bolehlah me meronggeng malam ini. *Senyum lagi dan lagi.

Alahai.

Categories: Bank

mentari merah diufuk barat

July 29, 2010 26 comments
sunset

The most beautiful sunset view at Broga Hills yesterday, captured by 2 megapixel iPhone

Pertama kali me cadang nak mendaki bukit broga tidak kesampaian. Kerana arwah bonda me yg sedang nazak lah pula. [+ mendaki 2 bukit dlm 1 malam memang melesukan ]

Kali kedua pula me cuma sempat bergambar di batu penanda broga sahaja.  [+ enchek gi dengan monyet jewww ]

Lepas itu me pun tidak tahu bilakah me akan mendaki bukit broga tersebut. Tapi sungguh tak me sangka. Buah cempedak dah jadi nangka. Di pejabat me ada pula pekerja baru masuk. FzL tahu me suka mengupdate blog sekali-sekala waktu bekerja jalan-jalan sambil mengambil gambar. Itu hari FzL sudah tercakap yg dia tinggal di belakang bukit broga. Jadi dipendekkan cerita, me sudah cadang nak terjah bukit broga lepas waktu bekerja. FzL kata okay saja.

Petang semalam (selasa) walaupun masih sakit pinggang, me sudah ambil FzL dari rumahnya di semenyih. Cadangan memang nak panjat semasa matahari tenggelam. Sampai di kaki bukit, ditempat letak kereta dibawah pokok kelapa sawit, jam menunjukkan pukul 6.51pm sudah.  Lima minit kemudian sudah tiba di papantanda yg popular yg menunjukkan jalan ke ‘puncak 4’.

Masa dlm perjalanan keatas, kami jumpa beberapa pasangan apek dan nyonya yg berjogging pun sudah menuruni bukit. Baru FzL perasan yg dia terlupa bawa kamera dan lampu picitnya. Me pun tertinggal lampu picit me dalam boot kereta. Gara-gara nak mengejar mentari merah diufuk barat.

Tiba dikaki puncak pertama, me sudah pancit. Bukannya tak larat, tapi hari pun dah mula gelap. Me suruh saja FzL yg masih muda dan berdaya saing supaya panjat dan bawa kamera dslr me. Dikaki bukit itu ada sepohon pokok yg ada buaian. Dari situ me tangkap gambar matahari terbenam guna iPhone saja, seperti gambar diatas. Olehkerana FzL tidak pernah menggunakan kamera dslr sebelum ini, jadi tidak banyak gambar dari puncak yg ditangkapnya. Kalau adapun, tidak mencapai tahap piawaian me – ehehe.

Adalah dalam sepoh minit kami lepak disitu.  Pukul 7.26pm, kami sudah mula beransur turun kebawah. Lima belas minit kemudian, kami sudah tiba dipapan tanda ‘puncak 4’ tadi.

Oleh kerana kami sampai pun dah malam, jadi tiadalah orang yg meminta kami membayar tempat letak kereta (dua hinggit katanya). Dari situ, kami terus ke bandar semenyih makan sate kajang pula. Hari pun sudah malam. Lepas makan, kami terus pulang. (*Ketawa. Ayat macam budak sekolah rendah.)

broga 2

a journey to the first peak is the hardest one. Thanks to FzL (above).

Terimakasih FzL kerana meluangkan masa mendaki bersama-sama ke bukit broga.

Kesimpulannya, cubaan kali ketiga me untuk mendaki ke puncak bukit broga masih belum kesampaian. Belum ada rezeki agaknya. InsyaAllah, kalau ada masa, me akan terjah lagi.

ferris11.gif Gambar-gambar lain: Broga Hills, part I | part II | part III

Bukit Broga bukan saja sesuai untuk pendaki, ia juga destinasi menarik hujung minggu bersama keluarga. Ia terletak di Taman Broga berdekatan Semenyih dan bersempadan Selangor-Negeri Sembilan. Bukit ini ditumbuhi lalang dan masa pendakian yang sesuai (untuk mengelak terik matahari) bermula selepas subuh atau sebelum waktu maghrib. Jika cuaca mengizinkan anda berpeluang melihat matahari terbit atau matahari terbenam.

Ketiadaan pokok-pokok berakar menjadikan laluan ke puncak agak mencabar kerana treknya agak licin, berdebu ketika kering dan sangat licin ketika basah. Pengunjung dicadangkan supaya memakai kasut yang sesuai. Jangan sampai [+ patah kaki melompat di bukit broga].

Dan jangan lupa membawa kamera digital dan lampu picit masing-masing. *Ketawa.

Alahai.

Categories: Travel

status penghantaran motor ke sarawak

July 28, 2010 6 comments
kriss

It was being packed in a crate the last time I called the shipping agency (pic courtesy from them)

Kelmarin (isnin), me sudah telefon ejen penghantaran motor aDm itu. Dia kata sudah di’peti’kan dan sedang menunggu kapal yg akan belayar dari pelabuhan kelang. Siap hantar gambar lagi.

Cerita minggu lepas semasa ejen penghantaran mengambil motor aDm ada di sini. [+ raja masai ke kota samarahan, via ampang ]. Gambar masa penukaran tayar sukan di sini. [+ changing sport rims ]

Tengahari tadi me telefon lagi. Mula-mula me hantar pesanan ringkas, tapi tiada jawapan. Bila me telefon, tiadalah jawapan pula. Tetapi kemudian ejen itu hantar pesanan ringkas. Dia cuti sakit hari ini, esok dia akan periksa status motor itu.

Pascanota: tengahari tadi (khamis), ejen tu dah telefon me bagitahu motor sudah dihantar ke pelabuhan. Kapal penghantaran akan belayar pada 3 hb Ogos ini. Dijangka sampai pada 8 hb Ogos. Dijangka penyerahan pada 10 hb Ogos.

Alahai.

Categories: Famili

hai hai bye bye

July 28, 2010 36 comments
honda city

After almost seven years on driving my first honda, finally I decided to let it go (circa 2008).

Seperti yg sudah diceritakan sebelum ini, me dah bukukan cik crv yg dijangka dapat diperolehi sebelum hariraya puasa nanti.

Jadi,  me sudah minta jurujual yg sama di kedai kereta honda itu untuk menjual cikcity (secara dagang-masuk). Dipendekkan cerita, cikcity yg sungguh banyak berjasa sudah diambil orang walaupun dengan harga yg jauh lebih rendah dari harga pasaran. Sedih juga.

Nombor pendaftaran cik crv pun sudah ditempah oleh jurujual itu. JMJ dan diikuti dengan tiga digit (tarikhlahir mQ, untuk senang diingat oleh suami yg mudah pelupa). Sama seperti kereta-kereta yg sebelum ini.

Alahai.

Categories: Kereta

how to poison wild lalang

July 27, 2010 62 comments
round up

The last time I sprayed my wild lalang in tiny garden infront of my house was 2 months ago.

[+ zoom out ]

Dah lama menangguh aktiviti meracun lalang yg sudah mencecah lutut di kebun sekangkang kera depan rumah hinggap me yg itu. Mamat bangla yg bawa mesin rumput atas basikal pun sudah selalu jenguk-jenguk tanya.

Sabtu kelmarin me sudah beli pam racun yg diperbuat dari plastik yg ringan dan ubat racun ’round up’ yg gagah perkasa.  Meracun satu tong plastik pun boleh mengeluarkan peluh. Dan sakit pinggang.

Alahai.

Categories: Flora