Archive

Archive for August, 2007

eye on malaysia

August 31, 2007 Comments off

Full story below..

Advertisements
Categories: Travel

gondola

August 31, 2007 1 comment

The Eye on Malaysia is the tallest portable observation wheel in South-East Asia. The 60-metre structure is located at Titiwangsa Lake Gardens, Kuala Lumpur. [+ more pictures]

Hari Merdeka pagi tadi kami pergi ke Eye On Malaysia itu.

Sampai Tasik Titiwangsa jam 10.30pagi, orang tidak ramai lagi. Cuaca pun cerah.

Lepas naik gondola itu, kami singgah di kedai cenderahati, beli 3 rantai kunci (RM9 satu).

aBo pun gembira, aQi pun gembira juga. My Queen (mQ) pun puas hati.

Lepas itu, kami singgah Mid Valley sambil perbetulkan pin rantai jam mQ yang sudah hilang. Kami makan tengahari di Chicken Rice Shop. Alahai, sedapnya.

Categories: Travel

merdeka

August 31, 2007 4 comments

Today is my country’s 50th independent day. 31st August 2007.
KL Sentral, Kuala Lumpur.

Semalam mQ tanya macam mana tempat kerja yang baru. Me cakap, ok.

mQ sindir, “ok je?”

Me mula-mula tiada mood nak berbual-bual pasal kerja. Tapi kalau tidak beritahu, nanti mQ ingat me yang tidak suka tempat kerja baru pulak. Jadi, me cakaplah yang me gembira dengan tempat baru, dapat pejabat baru dengan meja kerusi baru, set komputer baru, telefon meja baru dan macam-macam lagi. Me juga ada cakap me gembira jumpa kawan-kawan tempat kerja lama dan kawan kami (me dan mQ) masa belajar luar negara dulu. Isteri kawan me itu dan mQ memang kawan rapat masa kat sana.

Tapi ada satu benda di tempat kerja baru yang tersangat-sangat me teruja nak beritahu mQ semalam. “Apa dia,” mQ hendak tahu juga.

Me sebut, “jamban cangkung seyyy!” Wakaka, sengih-sengih saja mQ.

Categories: work

cappucino

August 30, 2007 1 comment

Bad espresso won’t produce a good cappucino..

Semalam petang, Zen (bukan nama sebenar) datang meja me, ngantuk dia kata.

Lepas borak-borak dan Zen kembali buat kerja kat tempat dia, me hantar email kat Zen, “kalau mengantuk, jangan disorong bantal, pergi kat bawah, pesan cappucino..”

Zen balas balik, “bunyi macam nak belanja je, jom”

Me jawab, “Alahai, lambat bebenor la hang nih.. Aku dah baru je beli tadi.. hihihi”

Categories: work

ikan siakap mak eloi-eloi

August 29, 2007 4 comments

Ikan kekek mak eloi-eloi, Ikan gelama mak elai-elai..

Malam semalam me bawa kami pergi warung tepi laut itu, makan seafood.

mQ yang buat pesanan, ikan siakap masak steam, ketam masak black pepper, sotong goreng tepung, udang besar masak butter, nasi 6 orang makan, air jus oren pakai jag untuk 5 orang juga. Me pesan kangkung belacan saja. aBo pesan air sirap untuk dia seorang saja. aBo makan nasi putih bersulam kuah kangkung belacan juga.

Harga semua ialah RM149. Auuch.

Categories: Family, Food

hijrah

August 28, 2007 Comments off

maka dengan ini laman web yginsaf telah berpindah ke wordpress:

yginsaf.wordpress.com

jumpa anda disini disini..

Categories: links

yaasir: 168 hari

August 28, 2007 5 comments

Buai laju-laju, sampai pokok sena..

Yaasir sudah pandai meniarap sendiri, tapi Yaasir tidak pandai baring semula dari meniarap itu.

Kalau me berdirikan Yaasir atas kedua-dua kakinya, mesti Yaasir melompat-lompat gembira. mQ pun tersengih-sengih macam kerang busuk saja nampak dari jauh.

Categories: Family