Archive

Archive for February, 2008

bergadang jangan tak bergadang

February 29, 2008 9 comments

stay all night restaurant
pekan, pahang

Masalah perisian yg memerlukan modul tertentu. Pihak teknologi maklumat disini pun bercelaru.

Semalam me dan PaL ada telekonferantasi dengan penyelia di seberang laut itu. Masalah perisian sudah terungkai. Keperluan perisian akan terlaksana.

Penyelia disana asyik cakap,

proyek bla bla proyek bla bla proyek‘.

Mula-mula me dan PaL tidak memahami. Rupanya ‘proyek‘ itu adalah projek. Penyelia berbangsa belanda tiada nahu ‘j’ dalam perbendaharaan kata.

Alahai.

Current music: My Chemical Romance “The Ghost Of You”

Categories: nostalgia

hospital selayang

February 28, 2008 Leave a comment

Hospital Selayang terletak di Selayang, daerah Gombak, Kuala Lumpur. Hospital ini mempunyai 960 buah katil, 20 disiplin klinikal ,dan menyediakan khidmat rawatan menengah dan rawatan lanjutan kebangsaan yang terpilih. Dalam pelaksaan dan pembentukan Hospital selayang, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengatur langkah oleh objektif Wawasan 2020 di mana Malaysia harus mencapai status negara maju pada tahun 2020 dan menyempurnakan visi Kementerian Kesihatan Malaysia. Oleh itu Hospital Selayang adalah direkabentuk dan dilengkapi dengan peralatan canggih sesuai dengan piawaian antarabangsa. [+ wikipedia hospital selayang ]

Alahai.

Categories: nostalgia

malay dilemma of having too much money

February 28, 2008 20 comments

money for nothing
tiara beach resort

Iya, semua rakan-rakan satu ofis me dapat bonus hujung bulan ini. Termasuklah blogger itu sampai nak beli kamera digital, psp, dan kitbadan. Fuyoh!

Bayangkan. Kalau gaji dia orang belas2 hibu hinggit. Dapat bonus 2 bulan lagi.

Si zHr (jiran me di pejabat) sibuk nak beli rumah lagi besar. Sekarang rumah teres dua tingkat. Isteri sepenuh masa duduk kat rumah. Anak baru dua orang.

kete aku x kisah. umah besar senang kalo anak sedara orang kampung nak datang kl.. lepak-lepak umah aku.

Me juga yg tidak dapat bonus. Sebab me cuma pekerja kontrak saja.

Alahai.

Current music: Spring “Mabuk”

Categories: Travel

nak pergi jauh katanya

February 27, 2008 16 comments

we never killed our aborigines
endau-rompin road

SEKARANG me nak jumpa mr ah fa yg itu. Tapi me SENGAJA tak bawa DSLR me.

Beliau akan berangkat utk melanjutkan belajar ke sydney tidak lama lagi. Semoga mr ah fa berjaya membawa pulang ijazah yg satu lagi. Dan yg paling utama jumpa isteri (puan dy) yg cantik dan tersayang yg fewwitt itu.

Perth, Australia saja yg me sudah lawati. Itupun dek kerana mQ mendapat cabutan bertuah. Amboi!

Teringat me minggu lepas terbaca pasal perdana menteri australia itu. Memohon maaf pada puak orang asli disitu. Diatas kedurjanaan yg telah mereka lakukan.

Alahai.

pulau pandan jauh ketengah, gunung daik bercabang tiga.. fewwittt! [+ previous story ]

Categories: Friends

jauh katanya

February 27, 2008 7 comments

one three six eight is damned
pekan, pahang

Dalam sibuk negara bersiap sedia menghadapi pilihanraya. Rakan bekas junior me itu kawin pula.

Me tidaklah dijemput. Jauh katanya. Dalam zaman internet dan era sms gitu.

Alahai.

Categories: Friends

losing pda

February 26, 2008 16 comments

mercedes benz local assembly plant? (unrelated story)
amm, pekan, pahang

zHr kehilangan handset pda htc itu. Entah dimana keciciran.

Guna communicator aZm juga tidak berjaya untuk mengesannya. Tapi bomoh belum lagi.

Mungkin tertinggal dalam jamban. Tentunya sudah disambar orang. Kalau mek indon pencuci jamban yg jumpa, sudah tentu ambil cuti. Boleh jual dapat tiga bulan gaji pak.

Tapi kawan-kawan bilang, ada rahmatnya. Selepas dapat bonus 3 bulan. Supaya ada alasan beli handset baru. Yg lebih canggih.

Cerita lain, setelah menunggu sekian lama. Akhirnya pihak pengurusan bercadang untuk hantar me pergi seberang laut. Kalau tidak, me ada pelan B.

Alahai.

Current music: P Ramlee’s “Suwa Suwe Kemuning”

Categories: Friends

sixty six

February 25, 2008 14 comments

and then, unlucky me to see double double
sungai miang, pekan

Kalau dipanjang umur melimpasi enam puluh enam itu.

Semoga dijauhi segala penyakit. Luaran dan dalaman. InsyaAllah.

Tapi sekarang ini pun migrain mula menyengat. Kebas-kebas kiri dan kanan. Atas dan bawah.

Alahai.

Categories: myself