Archive

Archive for June, 2009

the third visit

June 30, 2009 34 comments

(insert waterfall in miri park)

small waterfall in miri public park [+ more pictures ]

Baru semalam me pulang dari pulau borneo itu. Hari ini me kena terbang lagi ke miri. Atas urusan kerja pula. Untuk kali ketiga me ke lutong, miri dalam tahun ini.

Bolehlah me makan nasi lelapan lagi kan.

Ini bukan jalan-jalan cari pulau ya kawan-kawan. Walaupun borneo adalah pulau ketiga terbesar didunia. [+ wikipedia ]

Lagipun me pergi bukanlah lama. Kawan-kawan jangan gaduh-gaduh ya. Dan macam biasa, me hendak pantunlah sikit.

Tanam lenggun tumbuh kelapa,
Terbit bunga pucuk mati;
Budi tuan puan me tak lupa,
Sudah terpaku di dalam hati.

Alahai.

Categories: work

wisatawan kuching: the last part

June 29, 2009 17 comments

(insert rental kancil)

smart like a mousedeer
unimas campus, kota samarahan

Alhamdulillah. Me sudah kembali ke semenanjung dan mula bekerja seperti biasa.

Me bersyukur kerana kereta kancil yg me sewa tidak meragam selama me memakainya ronda-ronda bandaraya kuching kelmarin.

Me minta maaf kalau ada kawan-kawan yg keliru baca entri ini yg pening-pening banyak sangat me kata ‘tidak sempat ‘. Menyampah kan.

Tapi pelik juga sebab banyak gambar-gambar yg me ambil didalam tempat-tempat yg me bilang ‘tidak sempat ‘ itu. Jadi, sila tukarkan perkataan ‘tidak sempat ‘ kepada ‘sempat‘ pula. Vollleee kannns?

(insert then and now at waterfront)

then and now : left (2003) | right (2009)
kuching waterfront bench

Alahai.

Categories: then & now, Travel

wisatawan kuching: part une

June 28, 2009 40 comments

(insert waterfront jetty)

jetty to not-so-traditional sampan

3 hari 2 malam di kuching, sarawak tetapi masa untuk berlibur hanya sekejapan saja. Orang kata , menyusuri sungai sarawak pada waktu senja sambil menyaksikan matahari terbenam dan melihat pak tambang mendayung sampan menyeberangi sungai memang nyaman. me sempat sampai ke waterfront tapi tak sempat nak tunggu sampai matahari terbenam tapi memang cantik.

Tebingan kuching atau waterfront yang dibina pada 1993 menyimpan rentetan sejarahnya yang menarik. Di sinilah bermulanya sejarah kuching dengan ketibaan seorang pengembara dari england, james brooke yang menumpaskan pemberontakan di sungai atas permintaan bapa saudaranya sultan brunei. Sarawak ketika itu adalah sebahagian daripada brunei. Sebagai balasan, sultan brunei melantik james brooke menjadi rajah sarawak, sehinggalah pendudukan jepun tahun 1941. Selepas perang, anak saudara brooke, charles vyner brooke menyerahkan sarawak kepada british.

Bazaar menjual ole2 dan cenderamata berjajaran di sepanjang jalan berhampiran waterfront. Peminat cenderamata dan pengumpul barangan antik, pasu sarawak, hasil seni suku kaum serta ukiran kayu tidak seharusnya melepaskan kunjungan ke sini. Tak banyak yang dibeli di sini. Byk yang menarik tapi tak sempat nak jelajah semua sebab hendak ke topspot.. food court berhampiran hilton tu.. huhuhu berpeluh ketiak jalan kaki dari waterfront ke situ. Jarak jadi jauh sebab me tersesat sedikit.. ehehe ada jalan dekat tapi me ambik jalan jauh.. ahaks.. adventure jugak petang itu.

(insert inside sarawak museum)

inside sarawak museum (the old building)

Muzium sarawak menempatkan koleksi artifak borneo yang cukup komprehensif dan memiliki cita rasanya yang tersendiri mengenai borneo dan penduduknya. Justeru, persembahannya dalam bentuk koleksi syiling, alat senjata, pakaian, tembikar, ukiran, tekstil, barang-barang perhiasan dan pelbagai artifak seni, budaya dan sejarah adalah nadi kehidupan masyarakat bumi kenyalang itu.

Ada dua bahagian di dalam dua bangunan baru dan lama, yg disambungkan dgn jejambat pejalan kaki diatas jalan tun haji open. Kedua-duanya amatlah menarik.

Pada tingkat bawah muzium lama, tersimpan koleksi alam semulajadi dan spesimen fauna Sarawak -seperti reptilia , mamalia, burung dan lain-lain dipamerkan. Pada bahagian barat bangunan muzium ini terdapat pameran Shell – industri petroleum di Sarawak (sedang direnovasi).

Tingkat atas bangunan ini mempamerkan bahan-bahan etnografik seperti model rumah-rumah panjang pelbagai kaum etnik di Sarawak, alat-alat muzik, pelbagai jenis perangkap ikan dan haiwan, kraftangan, model perahu dan lain-lain.

Manakala dibangunan baru (dewan tun abdul razak), kebanyakkan barang pameran merupakan barangan pra-sejarah seperti pasu berwarna, barang-barang loyang, perabot Cina, ruangan rumah panjang dan sebagainya. Dan sejarah sarawak dari kisah santubong, zaman dinasti brooke, pendudukan tentera jepun hingga terkini dipaparkan disini. Masuk adalah percuma.

Muzium sarawak pun me tak sempat nak singgah sebab bila balik ke hotel hari Sabtu, muzium dah tutup. He he he.

(insert muzium new building)

inside, you can find ceramics, brassware, chinese jars and furniture, and there’s a replica cave and description of harvesting brids’ nests for soup

Dibelakang muzium sarawak yg baru, terdapat muzium islam. Pada tahun 1930 bangunan ini dikenali sebagai Madrasah Melayu Sarawak. Ianya digunakan khas untuk melatih lebih ramai guru dalam pendidikan Melayu peringkat tinggi. Tujuannya adalah untuk menggalakkan lebih ramai orang Melayu untuk memainkan peranan yang lebih aktif dalam membangunkan masyarakat Melayu itu sendiri.

Muzium ini terbahagi kepada tujuh buah galeri. Setiap galeri mempamerkan bahan yang berkaitan dengan sesuatu disiplin.

Me pun tidak sempat singgah ke muzium islam yg menarik ini.

(insert dome of rock)

dome of rock (masjid al-sakhrah)

(insert aDm looking at margherita's tombstone)

inscriptions at the original tombstone to the wives of j. brooke brooke

Fort margherita ialah kubu pertahanan yang sangat penting pada masa charles brooke. Kubu ini diberi nama margherita, bersempena nama isterinya. Fort margherita, akhirnya dijadikan muzium polis. Sangat menarik untuk dikunjungi bagi melihat sejarah kepolisan di Sarawak, senjata, meriam tua, pedang serta bilik-bilik khas untuk banduan dan bilik hukuman.

Muzium tersebut sekarang sedang dibaikpulih.

Me tidak sempat pergi muzium ini. Iyalah hari sudah malam manalah sempat, muzium dah tutup.

(insert fort margherita pics)

fort margherita is closed for heavy renovation now, you can take photos outside the building only

(insert inside cat museum)

kuching’s one-of-a-kind cat museum pays homage to the origins of the city’s name

Muzium kucing terletak di dalam bangunan dewan bandaraya kuching (dbku) yg berbentuk seperti kapal ufo.  Terletak di utara sungai sarawak dan tersergam megah diatas bukit.

Masuk adalah percuma tetapi bayaran empat hinggit dikenakan untuk kamera.

Me tidak sempat lah singgah juga. He he he.

(insert you will adore the cats)

as fascinating as a furball

(insert civic center tower)

a white tower looking like an upside-down, half-furled umbrella on stilts

Lebih kurang 1 km ke selatan bandaraya kuching.  Di kompleks dewan suarah negeri, berdekatan jalan tun haji openg dan jalan budaya. Terdapat sebuah menara putih yg unik berbentuk seperti terbalik dengan ada payung yg separuh terbuka diatasnya. Tidak seperti menara kuala lumpur (kl tower) dan menara alor setar, menara ‘civic centre’ ini tiada penyambut tetamu di lif-lif yg tersedia. Sebab masuk adalah percuma.

Tetapi me tidak sempat nak panjat ke tingkat peninjau untuk melihat bandaraya kuching secara panoramanya. He he he.

(insert on top of kuching town)

panoramically, you can view the whole city

(insert gambir sarawak)

local substitution to viagra
india street, kuching

Selepas dinner hari sabtu yang lepas, me ingat nak ke pasar satok. Tapi tidak sempat juga. Sebab me tiada rakan blogger disitu. Yg me ingat cuma abg arsaili saja. Tapi beliau kini berada di australia pula. Uhuhu.

Orang kata, di pasar satok sebab ada yang nak beli terubuk masin dan kuih lapis sarawak. Kalau penat boleh berhenti makan mee kolok (walaupun bukan selera me.. ehehe poyo saja). Teringat pasar pagi di taman megah ria (masai, johor) yg didominasi orang-orang iban sarawak.

Malam itu me tidak sempat juga hendak pusing2 melihat keindahan kuching pada waktu malam. Dapatlah me tengok beberapa mercutanda patung-patung kucing bandar kuching waktu malam sebab me dah letih.

(insert leisure on tambang)

leisure on tambang (river ferries)

Pengunjung tidak seharusnya melepaskan peluang menaiki perahu tambang untuk menyeberang Sungai Sarawak yang mengenakan tambang 50 sen seorang. Kemaskini dari buku pengembaraan ‘lonely planet’:

the river crossing costs 50 sen for locals.. you can leave the exact change on the prow as you leave, or pay the boatman directly.. if you want to hire a tambang for a river cruise, the charge is RM40 per hour ..

Dari sini, anda dapat melihat astana, istana yang dibina oleh Charles Brooke pada 1870 sebagai hadiah perkahwinan kepada isterinya, ranee margaret. Uhuhu, me tidak sempat nak merasa naik perahu tambang itu.

Pada masa ini, astana james brooke telah menjadi kediaman rasmi yang dipertua negeri sarawak. Me juga tidak sempat pusing2 kawasan astana ni malam sabtu yg lepas.

(insert standing at the waterfront)

then & now: left (2003) | right (2009)

(insert masjid negeri)

The first mosque in kuching was built by datuk patinggi ali in 1847. The situation, on a hilltop overlooking a river bend, is picturesque as well as strategic.

Disiapkan pada 1968, masjid negeri kelihatan terserlah, terutamanya dari seberang sungai sarawak. Dikelilingi dengan kubur-kubur islam berselerakan di bawahnya.

Me pun tidak sempat dan singgah bersolat didalamnya kerana kesesakan lalulintas yg sukar untuk ke sana.

(insert sarawak stadium)

sarawak stadium is closed, but i managed to snap this picture through the wire-fence

Me ingatkan hendak ke muzium balak (timber museum) yg terletak di wisma sumber alam, petra jaya. Tapi tidak disangka juga – buah cempedak dah jadi nangka. Muzium balak tidak dibuka pada hari sabtu dan ahad. Apa barang?

Jadi terlanjur limpas jalan stadium disitu, me pun jengah-jengah saja.

Tapi me tidak sempat hendak masuk ke dalam stadium pula. Sebab memang stadium ditutup gitu. He he he.

(insert cat statues)

cat statues can be seen opposite the grand margherita hotel

Ada patung-patung kucing di hujung jalan padungan. Dikenali sebagai ‘kuching agung.’ Ataupun patung-patung kucing juga terdapat di depan hotel grand margherita (dulunya dikenali sebagai holiday inn).

Untuk yg tidak tahu atau terlupa (melayu memang mudah lupa), nama bandar kuching bermaksud ‘kucing’ dalam bahasa melayu.

Alahai.

Categories: then & now, Travel

transformme

June 28, 2009 20 comments

(insert transformer toy)

autobots, transformmm

Ramai kawan-kawan yg sudah tengok wayang cerita robot-robot besar itu. Semuanya memberikan komen yg positif.

Cuma me tak sempat lagi menontonnya. Tapi kelmarin aQi sudah terbeli patung mainan transformer di grand parkson itu. Tidak sempat tunggu dirumah. Sudah dibukanya masa makan tengahari di restoran kfc itu.

Alahai.

Categories: toys

my old blue jean

June 27, 2009 29 comments

(insert old but not forgotten)

old but still wearable

Hari ini ada agenda penting di kota samarahan. Semoga dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah.

Kalau sempat, esok sebelum pulang ke semenanjung, me hendak jalan-jalan di sekitar bandar kuching. Boleh? Me hendak mencari dan membeli seluar jean yg baru, mengganti yg sudah koyak rabak itu.

Terimakasih pd kawan-kawan yg masih sudi singgah-singgah, jenguk-jenguk, komen-komen blog me yg ‘memang lumayan’ ini. Walaupun me jauh dimata.

Alahai.

Categories: Travel

between two towers

June 27, 2009 14 comments

(insert water tanks of unimas)

two water tanks of university malaysia sarawak (unimas), kota samarahan

Alhamdulillah. Sudah tiba di kuching me semalam. Me sewa kancil saja. Dua hatus hinggit untuk dua hari.

Dipendekkan cerita, me menginap di hotel telang usan. Alkisah diceritakan, hotel kepunyaan orang ulu.

Walaupun waktu sudah senja dan keadaan cuaca yg baru lepas hujan, sempat juga me menziarah, masuk dan tawaf kawasan kampus universiti itu. Ada tasik di tengah-tengahnya. Jauh dari bandar dan dalam hutan belantara pula. Tapi pemandangan yg nyaman dan sejuk.

Alahai.

Categories: Family

salam jumaat

June 26, 2009 35 comments

(insert brothers)

the youngest and the oldest sons

Hari ini hari jumaat. Tengahari nanti me akan berangkat ke seberang lautan lagi. Atas urusan pendaftaran aDm (19) di kota samarahan itu.

Semoga dipermudahkan segala urusan. Amin.

Dan macam biasa, me hendak pantunlah sikit.

Dari Daik pulang ke Daik,
Sehari-hari berkebun pisang;
Budi baik dibalas baik,
Dalam hati dikenang orang.

Sambil me nak ucapkan terimakasih pada kawan-kawan yg ucapkan ‘selamat hari bapa’ pd me minggu lepas. Walaupun bukan budaya kita. Tanpa kawan-kawan yg best-best itu, siapalah me yg ini kan.

Cerita lain, raja pop muzik dunia, michael jackson mati pagi tadi.

Alahai.

Categories: Family