Home > Travel > berpetualang ke perigi acheh: part une

berpetualang ke perigi acheh: part une

kampung perigi acheh’s river (17/5/2009) [+ google maps ]

Usai dari makan ketam masak pedas di tanjung langsat kelmarin, me singgah ke kampung perigi acheh. Sebenarnya dikelilingi kawasan industri tanjung langsat, yg sedang dibangunkan dan diratakan dgn pesat. Lori-lori hantu dimana-mana. Sungguh pesat sehinggakan amat sukar untuk melihat pohon-pohon hijau di situ.

Dulu, aTi (17) pernah tiba di kampung perigi acheh ini bersama-sama rakan sekolahnya dan sekolah antarabangsa jepun yg berdekatan. Ada aktiviti lawatan sekolah ke situ.

Perkataan petualang terdapat dalam kamus dewan edisi keempat (mukasurat 1718). Daripada perkataan ‘tualang‘, antaranya bermaksud,

.. orang yg suka melakukan perkara2 yg sukar atau berbahaya utk pengalaman.

Jadi, dgn bantuan aTi, me berpetualang ke kampung perigi acheh itu. Mana tahu ada kesan sejarah yg me boleh lawati.

Entri ini diinspirasikan dari blog ‘berpetualang ke aceh‘.

always use the middle road, although they look the same

Memang kaya dengan sejarah, dan diriwayatkan kampung ini menjadi pusat serangan orang-orang acheh sebelum mereka menyerang kota johor lama beberapa hatus tahun dahulu. [+ johorbuzz ]

Dari pusat industri tanjung langsat yg sedang giat diratakan, untuk masuk ke kampung itu, terpaksa melalui jalan bertar yg agak sempit. Di kelilingi pokok paya bakau yg menghijau juga dan kelihatan banyak monyet-monyet di tepi jalanan.

Bila tiba di pintu masuk kampung, sebenarnya me pun tidak tahu hendak kemana. Sebab tiada papan tanda tentang tempat-tempat bersejarah atau berkepentingan. Tapi nasib baik juga me bawa aTi (17) yg pernah ke sini.

aTi bilang beliau pernah ke jeti tinggalan lama yg sudah terbengkalai. Me terjah saja menyusuri jalan lurus yg hanya boleh dilalui sebuah kenderaan empat roda.

the old jetty

Untuk ke jeti lama itu memang mencabar juga. Dari sekolah rendah kampung perigi acheh, ada jalan tar masuk belukar. aTi (17) tidak setuju me pandu cikcity ke sana sebab beliau dulu beramai-ramai jalan kaki saja. Tapi me terjah juga sebab walaupun sempit, jalan tar yg elok gitu. Lagipun me fikir, mana ada kereta keluar masuk di tengah-tengah hutan itu.

Tiba di hujung sana, ada bekas kawasan perkhemahan. Kem perigi acheh untuk aktiviti motivasi dan bimbingan. Sesuai untuk pelajar-pelajar sekolah. Siap dengan tempat riadah dan bilik air.

Untuk ke tempat jeti lama, kami kena redah jalan denai bertanah merah. Kena limpas pos tentera darat. Tidaklah jauh mana, dan di tepi pantai, ada menara tinjau dan beberapa orang askar sedang menjalankan tugas. Tapi kehadiran kami seperti melukut di tepi gantang. Tidak menggugat keamanan negara agaknya.

i surrender
pulau nanas, pasir gudang [+ location in google maps ]

Sebenarnya juga, me teruja hendak melihat sendiri. Pulau nanas, satu-satunya pulau ciput yg tinggal di sebelah sini. Setelah semuanya menjadi hakmilik kerajaan republik yg liliput itu.

Kalau dari google map, me perasan ditengah-tengah pulau nanas ternampak seperti tasik yg luas didalam pulau. Tapi sebenarnya hanya bekas lombong batu gitu. Mungkin isi perut nya sudah di pindah ke seberang sana. Dan tidak terdapat sepokok nanas pun diatas pulau itu tentunya.

Me pelik juga, kenapa menara tinjau askar hanya diletakkan di tepi pantai di kampung sini. Kenapa tidak diletakkan saja di pulau nanas.  Tidakkah kita khuatir nanti ada orang lain ingat kita tidak mahu menjaganya.

Seperti yg kita sedia maklum, nelayan kita dilarang menghampiri perairan negara jiran itu. Jika tidak, berlumba-lumbalah bot-bot polis peronda menghalau mereka. Sedihkan. Begitu juga, ramai yg tidak tahu bahawa seluruh pulau ubin itu telah berpagar dawai besi sepenuhnya. Kelihatan amat jelas kalau kita singgah makan ikan siakap goreng di restoran rahmat kampung pasir putih itu.

pulau nanas – the only small island in the center

Untuk kawan-kawan yg malas jenguk-jenguk google map. Me tunjukkan lokasi kedudukan pulau nanas itu. Dan kampung perigi acheh yg me sudah berpetualang minggu lepas. Harap-harap kalau dipanjangkan umur, me bisa sampai ke sini lagi. Itupun kalau tidak dijadikan kawasan larangan tentera dimasa hadapan.

Sebenarnya, mula-mula me hendak tulis tajuk entri-entri hari ini sebagai ‘pulau nanas: part une, deux, trois, quatre, dan cinq’ gitu. Seperti tajuk entri ‘pulau banding‘ dan ‘pulau sebang‘ kelmarin. Yg masing-masing dapat enam poh enam komen. Tapi me berpendapat, tajuk ‘berpetualang ke perigi acheh’ lagi mancongkam. Gasaklah kan.

Terimakasih diatas sokongan dan prihatin kawan-kawan semua. Tanpa kawan-kawan yg best-best gitu, siapalah me yg ini kan.

Alahai.

Categories: Travel
  1. May 20, 2009 at 12:56 am

    en_me…
    What did you do there?? What kind of ‘petualang’ you have in plan?? Oh my!…makes me so curious. Cerita lagi jgn tak cerita…

    yes akak norm itteww, me going to stori mori arini.. volleee

  2. May 20, 2009 at 3:18 am

    En Me dapat pergi berjalan-jalan…ahh…bila la agaknya aku nak sampai ke Istana Seri menanti…walaupun dekat tapi tak pernah sampai lagi… Dah lama tak pergi jalan-jalan tambah koleksi gambar pemandangan aku 😦

    hendak sehibu daya ghitewww.. tapi ko kannn non-active.. kehh

  3. May 20, 2009 at 7:48 am

    Biasa dengar kg tu, tapi belum sampai…
    Port baru kat Tg Langsat dah siap ke??

    sebenonyer me pun baghu tahu ada ‘port’ kat sitewww.. ekeke

  4. May 20, 2009 at 7:56 am

    Periginya ke yg en_me petualangi atau org2 Acheh di sana? hehehe

    abg yb itteww.. perigi pun tak jumperr, org2 acheh pun ntah kemanerr.. ehehe

  5. ez
    May 20, 2009 at 8:19 am

    cantikala tempat tu en me..masih tiada pencemaran lg..

    tapi kat sekeliling diluar kampung itteww macam padang pasir gamaknyerrr.. sodeyyy

  6. May 20, 2009 at 8:21 am

    ni memang kat Acheh ke ??
    my father is going there soon next month

    akak lily teww.. nope, citer blom abes one uoolsss.. tungguuu

  7. May 20, 2009 at 8:27 am

    jangan lupe bawa timba yer..hehe

    aper kelise perigi cari timba kanns.. ehehe

  8. May 20, 2009 at 8:33 am

    enme org Acheh ke..

    wong jowo ghitewww.. ekeke

  9. May 20, 2009 at 8:34 am

    perigi acheh tu, rupanya sungai ke…

    ahaha.. lawakla ko ..

  10. iza
    May 20, 2009 at 8:37 am

    jangan lupa jaket keselamatan bang me, safety first =)

    me tak turun ke laut weiii.. don worry one uoolsss

  11. May 20, 2009 at 8:38 am

    tringin nak pegi kawasan2 seperti itu.

    jomm terjah jerrr.. ehehe

  12. ain
    May 20, 2009 at 9:31 am

    me…baru lah ahad lps akak tau perigi acheh ni kat tg langsat. akak mati2 la ingat kat teluk sengat. malunyaaa!

    teluk sengat kat maner fulakkks erk.. ekeke

  13. May 20, 2009 at 9:32 am

    satu2 nyer tempat yang yus tak pernah jejak kat pasir gudang nie..
    pernah ajak hubby gi, tapi dia kata susah nak masuk ngan kete..dulu dia mancing naik moto..
    ntah2 besok dah tinggal nama jer…
    belum tentu dapat pegi…

    memang jalan sekangkang kera (memang banyak kera tepi jalan tu), kalo dua kete berselisih, salah satu kete kena bengkokkan cermin sisi ghitewww (ala macam iklan perodua dulu dulu..) ekeke

  14. May 20, 2009 at 9:36 am

    lepas makan-makan…pi jalan-jalan …betul-betul petualang:)

    volleee kanns..

  15. May 20, 2009 at 9:36 am

    oh… ingatkan petualang tu maknanya penyangak

    macam suara pembangkang jakkks.. iye maksu, penyangak maksud yg lainnnns ghitewww

  16. May 20, 2009 at 9:55 am

    cis! den tertipu.. ingatkan en_me betul2 pergi Acheh di Indonesia itew.. huhuhu
    tapi apa2 hal pun cerita en_me menrobek hati den ni ha.. huhubu
    habis bumi yg hijau di atas name tag pembangunan…. uwakkkkkk
    heheheh

    ek eleh abg maza tewww.. me tak abes citer one uooolss..

  17. May 20, 2009 at 10:00 am

    saya salah tengok peta ke?wakakak

    kan me dah letak link google map ittewww.. uhuhu

  18. May 20, 2009 at 10:34 am

    amat aman damai kpg itewww
    sungguh ijau pemandangan nya..
    nak ikut ME..meahahahah

    ko tak nampak yg kat luar sanerr – macam padang jarak padang tekukur ghitewww.. uhuhu

  19. May 20, 2009 at 11:18 am

    wah!! adventurenyer hidup En Me

    selagi hayat dikandung bodi.. volleee

  20. May 20, 2009 at 12:26 pm

    sonok en_me asek jenjalan jer kannnns 😉

    sonok cam biasa.. ekeke

  21. May 20, 2009 at 12:41 pm

    ahaks..thanks en_me!!! 😀

    pasal anak kembar teww kerr.. ehehe, no problem cek nad .. moga2 berjaya

  22. May 20, 2009 at 12:51 pm

    en me ni buka dari dulu ke suke berpetualang ;p

    ahaha.. bukann ko tak tahu bro..

  23. May 20, 2009 at 12:56 pm

    Untung en Me…blh berpetualang ke mana-mana. Saya mahu cuti pon susah apatah lagi bercuti.. Tapi cantik la pemandangan kat jeti tu…

    selagi hayat dikandung bodi .. volleee

  24. May 20, 2009 at 12:58 pm

    waaa… mcm2 tpt dah en_me gi.. jeles gua…

    ko jeles kat gua aper klise ghitewww.. ahaha

  25. May 20, 2009 at 1:06 pm

    ::: askm en.me wasssuupp? [huhu] terima kasih atas
    ::: lawatan ke blog saya yg tak seberapa itu.. nampak
    ::: nyer en.me nih dah sampai dah di tg.langsat yeeh..
    ::: mcm mana? ok tak tempat nih? kalo dari highway
    ::: p.gudang jalannye akan jadi keci bila di tg.puteri
    ::: seterusnye ke tg.langsat.. byk kwsn perkilangan
    ::: & pelabuhan di situ.. tak pi ‘sarang buaya’ ke @
    ::: pantai pasir layar bro? cery nice view kat pantai
    ::: pasir layar tuh, tapi skrg nih tak tahu laa, maybe
    ::: dah byk kapal, minyak tumpah di mana2.. saya lihat
    ::: pemandangan perigi acheh nih mcm kat kong kong
    ::: plak.. harap bro dpt buat coverage kat kong kong
    ::: pula slps ini.. canteekkk leer blog en.me nih..
    ~ :):D:P

    me dah citer entri yg lepas.. salamm n thanx singgah2 jenguk2 komen2 blog me yg inih..

  26. May 20, 2009 at 1:06 pm

    jauhnye nk letak komen. hehehe

    kan me dah tulis.. Segala kesulitan amatlah dikesali.. ihihi

  27. May 20, 2009 at 1:21 pm

    en_me…
    ada jumpa tak orang kampung acheh tu?? Mesti banyak cerita lama-lama kat situ….

    me tak sempat nak interview ghitewww.. uhuhu

  28. May 20, 2009 at 1:44 pm

    nice pic..sukeeeeeeeeee……. 😉

    thanx.. jgn serik2 datang sini one uoolss.. kehh

  29. May 20, 2009 at 3:36 pm

    en_me…
    bila norma dah jadi jutawan nanti, nak beli pulau nanas tu boleh??
    satu lagi pulau jerjak kat penang tu…kalau tak nak guna dah…nak beli jugak…aduhaiiii!!!

    sebelum tu, baklah sejuta hinggit kat me dulu erk.. ammvoiii akak norma teww

  30. May 20, 2009 at 4:38 pm

    nama pulau nanas. tp tkde pokok nanas..
    sure dulu2 byk, skrg dah mati..

    akak ita ittewww.. percaya tak kalo me bgtau, me pernah terjumpa dlm risalah pelancongan di hotel singapura, mengatakan bahawa pulau singapura diambil nama dari seekor singa adalah karut semata-mata.. risalah tersebut menyebut tidak pernah ada kewujudan singa dalam gugusan negara-negara melayu dari sejak zaman berzaman.. lu pikirlah sendirikk..

  31. May 20, 2009 at 5:42 pm

    En me ni suka tauuu buat lencongan lencongan macam jalan rosak gitu.. heheh..
    tapi takpelah.. dapat gak tengok gambar2 menariks itu kannnnn…
    nama kampung neeza tanjung tualang.. sib la dia tak letak tanjung petualang kannnnnn… hehehe..

    ada dua oghang rakan sekolah lama me kawen dgn wanita tempatan kampung tanjung tualang ittewww.. ehehe

  32. May 20, 2009 at 5:57 pm

    luasnya perjalanan, meneroka ghitewww

    salam pokli, selagi hayat dikandung bodi ghiteww..

  33. tojo austria
    May 20, 2009 at 6:30 pm

    en me bila pulak nak buat cerita pasal puteri gunung pulai yang ada kat belakang ghumah gitewww…tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat berkubang kanzzzz

    xper joe, kasik can kat ko fulakks bilerr balek kampong nanti .. kehh

  34. May 20, 2009 at 7:22 pm

    en_me…
    lepas ni naik Gunung Ledang pulak la…ke dah pernah cerita pasal Gunung Ledang tu…
    p.s: boleh ‘fofular’ la akak lepas ni…trimas!

    datin tiara yg pernah jadikk puteri gunung ledang aka Gusti Putri Raden Ajeng Retno Dumilah ghitewww.. uhuhu

  35. May 20, 2009 at 7:34 pm

    wah… en_me.. sungguh cantik la gamba ittew.. ehehehehe.. suker3x… 🙂

    wah wah wah.. thanx akak nuyui itteww

  36. May 20, 2009 at 8:03 pm

    abg me ni mesti suka sejarah kan….daku suka beno sbb catatan abg me itew, byk yg xde dlm buku teks sejarah gitew….daku suka suka!!!!
    dlm buku geografi x pasti le fulak..daku x minat geog dulu..heheh

    ammvoiii akak intan teww.. me terjah terjah jakkks.. volleee

  37. Tie
    May 20, 2009 at 8:57 pm

    Eh..baru tahu wujudnya pulau nanas ni….Ada apa kat situ ? Ada nanas tak??

    kuari batu orang bilang ghitewww..

  38. May 20, 2009 at 9:04 pm

    Rajin en me bawak keluarga berpetualang… percutian yang bermanfaat gitu…

    u donno me yet.. hmmm

  39. May 20, 2009 at 9:40 pm

    Tak pernah sampai kat situ, nampak interesting pulak. Gambar2 pun cantik…

    datanglarr sittewww.. u r welcome akak nong itteww

  40. May 20, 2009 at 10:22 pm

    huhuhu
    harga sebuah pembangunan, kesan sejarah dan kepentingan alam terabai.. huhuhu
    tapi en_me, kekadang maza geram dengan negeri republik seberang tanjung itewww.. huhuhu.. tapi silap gak negeri kita bila selalu bersikap tolak, tolak dan beransur, beransur… akhirnya berdebusss sendirian…
    nasib baik pulau nanas itu terlalu dekat dgn Johor, kalau tidak ada harapan katanya republik itu punya.. hampehhhh… huhuhuhu

    tak tahu juger bro kalo kiter tak pandai menjaganya.. uhuhu

  41. May 20, 2009 at 10:30 pm

    lawa tempat ni

    ya, tidak seperti diluar sanerrr.. uhuhu

  42. May 20, 2009 at 10:52 pm

    rajin betol la en_me wat post2 cmnih…bangga cek baca..petualang nih bukan sejenis pokok ke???hehe
    btw, smga semua selamat dalam berpetualang neh yerrr

    alhamdulillah, tiada seekor singa pun yg terkorban semasa me membuat terjahan ke sitewww.. uhuhu

  43. May 21, 2009 at 5:18 am

    syok ka weyh tempat tuh..??

    sonok larr sebab pengalaman baghu..

  44. May 21, 2009 at 6:04 am

    bila nak sampai egypt?

    salam pakndaks.. Mekah AlMukaramah n Madinah AlMunawarah pun x sampai lagikkks.. uhuhu

  45. May 21, 2009 at 8:30 am

    sj nk menambahkn komen
    bia boley lawan entry pulau banding gitu
    ihiks~

    komen anda amatt berharga.. ahakss

  46. May 21, 2009 at 8:31 am

    wah berjalan-jalan mencari pulau

    volleee ghiteww..

  47. May 21, 2009 at 8:33 am

    pulau takde laut kan, sy suka pulau yg dikelilingi laut.. 🙂

    tak paham ghupernyerr.. kowserr uu

  48. May 21, 2009 at 9:03 am

    pulau nanas tu, sesuai ke tmpt pergi honey moon?

    silap aribulan kena tangkap basah, kalo tak kena bomm.. aderr berani karr.. ghiteww

  49. May 21, 2009 at 9:57 am

    Apasal saya tak tau yg pulau nenas ni wujud walaupun saya anak Johor gak?? confuse…

    ada tanda-tanda yg itteww pun bukan milik orang johor ghiteww.. gasaklarr kannns.. uhuhu

  50. May 21, 2009 at 11:03 am

    salam…
    next time boleh la seberang selat tu dan berpetualang ke bumi pasai pulak…hehehe…memang cerita lama… 🙂

    salamm jugerr.. pasai erkk

  51. May 21, 2009 at 11:30 am

    salam…wah acheh pulak dah….best noh p acheh

    dpt pi perigi dier jakkk.. wakaka

  52. May 21, 2009 at 11:36 am

    hubby pernah gak gi mancing sampai dekat pulau nanas nie..
    en me kalau pergi sana ambik gambar bebanyak ler taruk kat sini..
    boleh tumpang tengok!!

    soh larr hubby ko amik gambar bebanyak.. kowserr uu

  53. May 21, 2009 at 12:12 pm

    wahh2 en_me kiterr….every week ade jekkk destinasi nyerr….beshh woo..

    jommm..

  54. May 21, 2009 at 12:22 pm

    apa diorang ternak tengah2 sungai tu?
    obor-obor?

    ahaha.. aper klise ternak obor2 ghiteww..

  55. May 21, 2009 at 3:19 pm

    Nak tanya,me guna kamera apa? cantik sungguh foto-fotonya. Aduh.jelezzzzzzz akak haha!

    aiseh akak lily tewww.. hingatkan dah tahu lamerr.. akak klik kat ‘about’ belah kanan atas pages me ittewww.. uhuhu

  56. May 21, 2009 at 5:09 pm

    jalan2 aje en me..jeles tau hehee

    ek eleh.. ngata dulang paku serpih ghitewww

  57. May 21, 2009 at 9:15 pm

    en me boleh buat buku travelog laa…
    takpon makanlog…
    kannns??

    kalo terjahlog vollleeee.. ekeke

  58. May 21, 2009 at 9:32 pm

    oooooo gitu ke? ingatkan petualang tu macam org2 yang jahat gitu..

    itteww yg kita selalu paham kannns.. ohoho

  59. May 24, 2009 at 1:16 am

    waaahhh menarik jalan cerita dia.. suka33x 🙂

    ahaha.. terjah terjah jakkk.. volleee

  60. Anon kk
    May 24, 2009 at 10:09 am

    sungguh petualang kiash ini en me…hehehe
    salam…
    […]

    bangang..

  61. Anon kk
    May 24, 2009 at 10:09 am

    sungguh petualang kiash ini en me…hehehe
    salam…
    […]

    bangang.. dua kali

  62. May 24, 2009 at 9:21 pm

    owh suka la dengan entry ala2 sejarah melayu mcm ni. cool la en_me. hehe 🙂

    terjahh jakks bro .. volleee

  63. Anon kk
    May 25, 2009 at 12:08 pm

    jenis manusia […]

    bangang.. tiga kali

  1. May 20, 2009 at 9:07 am
  2. May 20, 2009 at 12:02 pm
  3. May 20, 2009 at 3:02 pm
  4. May 20, 2009 at 6:03 pm
  5. May 26, 2009 at 12:41 am
  6. April 14, 2011 at 12:10 pm
  7. August 15, 2011 at 7:51 am

Leave a comment