review of quantum of solace
i managed to get only 3 of the bond’s cars
Kelmarin, me bawa aQi (10) dan rakan-rakan menonton james bond: quantum of solace. Jam 9.30 sabtu malam di tgv tebrau city yg itu.
Mula-mula aQi bilang, klasifikasi u: umum. Tapi bila me hendak beli tiket, me nampak klasifikasi itu pg13. Jadi, me kena tinggalkan aQi dan rakan-rakan diluar panggung kan. Oh tidak, pg13 cuma bermaksud ibu bapa hendaklah menjaga dan menasihat anak-anak dibawah umur 13 tahun sahaja.
Selepas tengok, pendapat me begini. Tidaklah gempak mana. Cuma lima minit pertama adegan kereta kejar mengejar antara aston martin dan bmw itu juga yg saspen. Lepas itu cerita mendatar. Kurang dialog. Dan tiada sebutan ‘bond, james bond’ kedengaran. Memang membosankan kan. aQi asyik tanya, “jam pukul berapa?” atau “sekarang dah jam berapa?” Tapi me dikejutkan juga bila ada mamat gendut yg bawa awek cun meletop-letop duduk tengah-tengah pawagam pun boleh mendengkur dengan bangganya. Cerita benar.
Alahai.
lepas ni ajak je aQi tengok Madagascar
best ker filemnya. kenapalah saya tak rasa ghairah untuk tonton james bond
gendut pun bawak awek cun meletop-letop…..kalau mamat ganteng camana fulakks
bond bond memang tak minat.. 🙂
cam xbest je…siap blh lena lg g tgk
hahah..
sure aweq itu benar2 meletop sebaik keluar panggung!
(hati kecilnya b’bisik, 007 yg bosan atau akukah?)
hahah..
p/s:upd8 my link ; )
hmm…skang aku teruja nak tinguk Madagascar je… si pawagam mulai 12 nov..hehe
aku dah dapat kesemua koleksi tersebut. now i can say “bond, i’m james bond!” haha
x mo la tgk cite nie..
Tak minat hero Bond yg baru nie…automatic x minat le Bond new series nie…huhuhu
hamboih..mesti doh ushar awek tu ek? errr..sy pon tetido tgk cite james bond ni 😛
~ tak best ke? siap tido dengkur2 lak tuh. ~
sy pon sempat tgk cite bond tu..bg sy action dia mmg non-stop tp jln cerita biase je dan bosan gak..sy bg 2.5 bintang je..hihi
en_me jom kita gi tengok madagascar nak tak?
hehe bond…bond…bond..
musim bond plak skrg..
br dapat BMW tuu..
td isi minyak.. 😛
tak besh kerr?? tunggu kuar kat astro jer la muahahaha…
awatnyer p bwk bdk2 tgk citer jebon tu? isyh isyh kompem la dorang mosann..
en_me, kiter ada jawab jawapan encik fazid tu, kat dalam blog kiter taw. tapi untuk makluman, nnti kita email2….kiter bzzzzz
tara
en_me, alahai, maaflah…mksud saya encik fazid tu memang bekerja sini.belum pencen lagi.entah2 kamu sedara dengan dia. (untuk semua, maaf, ini tiada kena mengena dgn entry) hehe.
mengapa mahu tahu sngat dengan encik fazid, mahu bergambar dengan dia ka?
hehehe
tu laa psl kite rase die hard lg best…kan…
Salam..bro..heh..aku dah ada kelima2 keta bond tu…masuk kat frame lagik..tapi..tengok cita bond lama2 kat astro lagik best…
hehe… saya pun ada keta james bond yg BMW tu…