Home > nostalgia > Tag: 25 Things About Me (nostalgia belajar di Amerika)

Tag: 25 Things About Me (nostalgia belajar di Amerika)


engineering department
northern arizona university, flagstaff, arizona (circa 1988 )

Cek zatil yg tinggal di masai itu telah mengetag me di facebook. 25 Random Things About Me. Me hendak tukar ‘random‘ jadi ‘nostalgia‘. Dan me tidak hendak kemaskini dalam facebook itu. Boleh kan.

Rules: Once you’ve been tagged, you are supposed to write a note with 25 nostalgia things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you.

1 – English Course. Selepas SPM tahun 1983, me dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Amerika. Tapi kena hadiri kursus bahasa inggeris di ITM Shah Alam selama 6 bulan. Duduk di Seksyen 6. Bersebelahan balai polis dan surau.

2 – Community College. Walaupun gagal peperiksaan TOEFL, me mendapat tawaran masuk ke kolej komuniti di Arapahoe, Denver, Colorado, Amerika. Me kena ambil kursus bahasa inggeris lagi selama 6 bulan.

3 – Driving License. Me belajar memandu kereta, guna kereta cikgu mat salleh me.  Baru dua minggu me mendapat lesen memandu, me kemalangan kali pertama dalam hidup me di tempat letak kereta K-mart. Me pandu kereta kongsi rakan dan langgar jeep mat salleh yg besar gedabak.

4 – The Grand Canyon State. Lulus TOEFL, me mendapat tawaran belajar di Northern Arizona University. Berdekatan taman Grand Canyon yg terkenal itu, di negeri Arizona. Sebelum ke situ, me ingat Arizona adalah tempat yg bergurun dan tempat koboi bertendang tapi sebaliknya. Bandar Flagstaff terletak di utara negeri Arizona dan berada di kawasan pergunungan yg cantik.

5 –  Chinese Shop. Bandar besar di arizona yg paling dekat ialah bandar Phoenix (2 jam perjalanan kereta) ke selatan. Bandar Phoenix juga adalah ibu negeri Arizona. Bandar kedua ialah Tucson yg terletak jauh keselatan lagi, berdekatan sempadan negara Mexico. Setiap bulan, me dan rakan-rakan akan ke Phoenix untuk membeli peralatan dapur, terutamanya rempah ratus di kedai cina di situ. Ya, bandar Phoenix dan Tucson memanglah sebuah bandar gurun padang pasir gitu.

wearing sweater of western michigan university at kalamazoo
niagara falls, new york (circa 1988 )

6 – Bicycle. Di musim panas juga, me pakai basikal untuk ke dewan kuliah dan ke bandar. Me juga pernah beli motor skuter yg susah start bila musim sejuk. Bila me pulang ke tanahair, me jual skuter itu pada rakan serumah me.

7 – Movies. Me suka menonton wayang seorang diri. Lagipun panggung wayang ada berdekatan dengan tempat tinggal me. Pernah me tertinggal dompet di panggung wayang pada cerita terakhir tengah malam. Sampai me telefon polis tapi pakcik polis pun tidak boleh berbuat apa-apa. Me kena tunggu keesokan pagi pula dan nasib baik me dapat balik dompet me di tempat duduk itu.

8 – Video. Zaman itu tiada lagi vcd dan dvd atau talian internet seperti sekarang. Jadi me suka menyewa video dan video player untuk ditonton dirumah.

9 – Chess. Me dulu suka main catur. Sampai me pernah beli papan catur berkomputer guna kiriman pos. Tapi sekarang minat dan kepakaran itu sudah pupus.

10 – The Last Batch. Masa kumpulan me belajar ke Amerika, kami adalah kumpulan terakhir yg kerajaan memerintah hantar untuk pengajian selama empat tahun. Dua tahun sekali, me pulang ke tanahair selama dua bulan. Selepas kami, kumpulan pelajar terpaksa mengikuti kursus di tanahair selama dua tahun, dan belajar di Amerika dua tahun gitu.

the university of toledo (circa 1988 )

11 – Allowance. Setiap hujung bulan, pihak penaja kami, petronas, akan mengirim wang elaun pada wakil di tempat kami. Tiga hatus dolar, itulah wang saku kami. Tolak sewa rumah, makan minum, sekadar cukup-cukup saja.

12 – Tabligh. Ya, me pernah mengikuti kumpulan tabligh. Masa kursus di itm shah alam lagi, me sudah turut serta kawan-kawan tabligh. Di Amerika, me pernah ikut kawan-kawan tabligh ke California, Denver, dan Kansas City.  Banyak cerita sebenarnya, antaranya pernah ada kereta polis pusing keliling tempat kami sedang bersolat di luar tempat meletak kereta di sebuah restoran. Takut-takut kami teroris agaknya.

13 – Video Games. Dulu permainan komputer amatlah jarang didengar. Kalau me hendak main games, me akan pergi ke kedai video games. Biasanya sendirian. Me suka main games ‘1942’, ‘Space Invaders’ dan Pacman. Tapi tidaklah ketagih.

14 – Soccer. Macam remaja lainnya, me juga bermain bolasepak dengan kawan-kawan diwaktu petang. Biasanya dengan kawan-kawan melayu. Pernah juga kami bermain bola dengan pak-pak arab.

15 –  American Football. Me suka juga menonton di kaca televisyen perlawanan bola ala ragbi Amerika dan juga bola basketball itu. Tapi me tidak pernah bermain.


thanks to zulmaz for taking the pic
university of north carolina at charlotte (circa 1988 )

16 – Summer Job. Selalunya pada musim panas, me dan rakan-rakan akan mencari kerja mencuci hostel di universiti tempat kami belajar. Dari mengemas katil, menggosok lantai, mencuci tandas, mengemop dan sebagainya me pernah lakukan.

17 – Meals. Biasanya me akan kongsi barang-barang dapur dengan kawan-kawan serumah. Kami adakan giliran memasak. Masakan orang bujang gitu.

18 – Travel Part Une. Dalam negeri arizona sahaja, me sudah pergi beberapa kali ke taman Grand Canyon yg cantik tak terucap dek kata-kata itu. Taman Grand Canyon terletak di utara dan tidaklah jauh dari bandar Flagstaff, cuma kurang sejam memandu kereta. Bandar Phoenix selalu juga me pergi untuk membeli bekalan barang-barang dapur dari kedai Cina. Bandar Tucson me cuma pernah pergi sekali, jumpa kawan sekampung yg juga belajar di sana. Bandar Sedona juga me pernah lawati dengan melihat pemandangan yg menarik. Me juga pernah ke istana Montezuma, bekas penetapan kaum orang asli disana.

19 – Travel Part Deux. Selain mengikuti kumpulan tabligh me juga pernah jalan-jalan ke beberapa tempat lain di Amerika. Musim panas tahun 1988 me mengembara seorang diri dengan menaiki bas Greyhound (guna pas diskaun) sehingga ke Niagara Falls, New York. Dari Flagstaff – Albuquerque (New Mexico) – Boulder (Colorado). Di Boulder, me jumpa kawan masa kami belajar English, sila rujuk (2). Dari Boulder – Kansas City (Kansas) – Toledo (Ohio). Di Toledo, me lepak jumpa kawan-kawan yg pernah datang ke Flagstaff setahun sebelum itu. Mereka juga bawa me ke taman Niagara Falls (New York) dan me sempat masuk ke negara Kanada untuk beberapa jam sahaja. Selepas seminggu di Toledo, me pergi ke Kalamazoo melalui bandar Detroit (Chicago) , jumpa cikgu Sanusi Sidin, bekas cikgu sekolah me yg sedang belajar di sana. Seminggu juga me lepak di Kalamazoo. Dan dari Kalamazoo, me pulang ke Flagstaff dengan menaiki bas Greyhound.

20 – Travel Part Trois. Dalam banyak pengembaraan keluar dari bandar Flagstaff, perjalanan ke pekan Logan (Utah) amatlah sukar untuk me lupakan. Musim panas tahun 1988. Me menemani rakan me yg baru mendapat lesen memandu untuk berjumpa girlfriend dia di sana. Mula-mula me yg pandu kereta, tapi nasib malang, dalam perjalanan me kena tahan polis kerana mengekori kereta depan dengan rapat. Lepas itu, rakan me yg pandu kereta dia. Di tengahari yg terik dan mungkin beliau merasa mengantuk. Me masa itu sedang tidur. Tiba-tiba rakan me terbabas ke bahu jalan dan melanggar mpv yg sedang berhenti disitu. Dipendekkan cerita, me cedera parah di bahu, rakan me juga cedera. Kereta rakan me dan mpv yg dilanggarnya juga binasa. Dipendekkan cerita lagi, me dapat duit pampasan insuran kemalangan itu dan me beli komputer Apple Macintosh.

please forgive my eyes (a day after my road accident)
utah state university, logan (circa 1988 )

21 – Juliza Adlizan. Rujuk no. 20. Pemenang bintang rtm tahun 1983 dengan lagunya Kuda Hitam. Di universiti Logan itu jugalah me berjumpa dengan Juliza Adlizan. Me sempat juga jalan-jalan dengan bekas suaminya yg pertama dulu. Kami pernah solat bersama-sama di laman yg sejuk diliputi salji di tempat rehat dan rawat di mana entah. Kali terakhir me dengar berita, beliau disaman oleh Yayasan Pahang kerana tidak membayar pinjaman belajar di luar negara dulu.

22 – Photography. Dari dulu pun me memang suka tangkap gambar. Me beli kamera SLR pertama me. Jenis Minolta yg pakai gegelung filem.

23 – (This item is intentionally left blank.) supyan husain, sheikh annuar shaik abdul rahim, rosli mat ali, shaharuddin hamidun, aminuddin baki,  azlan othman, md fazlin, mohd noor said, ku hamid, ku shahidi ku hamid, amrizal, nasiruddin, shaiful bahari, hamid jaafar, hanapai, abd manap, abdul jamal, Anis Whittingham, Anisah Abu Bakar, Dr. Carolina Lopez, Mohd. Salleh Abdulla, Normah Mohd. Amin, Bala Duraisamy, Mohd. Fadzil Idris, Mohd. Fazlin Abu Rahman, Raihan Mustapha, Shaharudin Hamidun, Suhana Sulaiman, Angie Lee, Rajasingham Rajarathnam, C. Joseph Anthony, Zuraimi Abu Hassan, Azwira, Norain Ali, Sum Chee Chong, Ahmad Rosli, Ahmad Zaidi, Fadzilah Husni, Isman Rohimly Ibrahim, Izuati, Wan Mohd. Aidie Adnan, Marliza, Mohd. Hafani Mohd. Hussain, Norfadzilah Jamain, Dr. Rashila Ramli, Roodi, Yusri, Zulkifli Yusof, Daing Ismail Abdul Aziz, Nurulfitriah Abd. Mutalib, Rayhanah Abbas, Rohayu, Aishah Ali, Fatihah Che Hashim, Helmi Mohammed, Mohd. Azrul Erwan Tusiman, Mohd. Rizal, Mohd. Subki Yusoff, Nordiana Ismail, Rita Murni, Rozita Zubair, Tg. Khalizul, Zarina Abdul Aziz, Zul Ezzati Osman, Aziaton Rahimah, Hashim Abdul Rahman, Rafidah Shamsudin, Ahmad Kamrizamil Mohd Riza, Jalilah Tahir, Maizah M. Saad, Meor Arifuddin, Ong Eng Jin, Rozi, Ruhiyati Idayu, Salbiyah Mohd Nor, Sri Ainul Faliza Md. Ison, Ass. Prof. Supyan Hussin, Huszainey & Roselaini, Ahmad Faizal Abd Razak, Ahmad Sukiman, Aida Nazri, Andry Soefian, Asrol Azam Mohd Yusof, Basyariah, Hisham Zahari, Intan Maharani, Jainuddin Ismail, Jennifer aloysius, Mashitah Nayan, Mastura Aseli, Mohd. Azhar Jaafar, Mohd. Hafie Basikin, Mohd. Faris b. Haji Arrifin, Noraziah Zubir, Norida Zahia, Nurazyan Ismail, Rasidah Adris, Rosidah Salleh, Rozaino Sarbini, Dr. Rosniah, Dr. Sallehudin, Dr. Subkair, Suhaffiza Salim, Suhaimi, Tan Say Kiat, Yap Soon Teck, Zairina Mohd. Radi, Ahmad Azam Saidon, Hafdzah Abd Hamid

24 – Blog. Me pelik juga. Sekarang ini me tidak pernah lagi jumpa blogger Melayu dari Amerika. Samada yg sedang belajar atau bekerja di sana. Blog pelajar di luar negara yg me jumpa kebanyakannya dari England, Australia, Rusia dan Jepun. Mungkin sekarang kerajaan tidak lagi menghantar pelajar ke Amerika agaknya. Ataupun universiti tempatan sudah dapat menampung pelajar-pelajar kita.

25 – Alumni. Selepas pulang ke tanahair, me ada juga berjumpa dan berhubungan dgn bekas rakan-rakan yg sama-sama belajar di universiti yg sama. Pada tahun 2005, me hadiri perjumpaan kecil anjuran Northern Arizona University di Hotel Nikko, Kuala Lumpur. [+ the story ]

Amaran: sila abaikan gambar-gambar nostalgia me yg berusia lebih dua poh tahun dalam entri ini.

tadaaaaaaa… dah siap dah tag ni, tapi me tak hendak tag orang lain. Bukan hidup me hendak susah lagi menyusahkan orang lain. Voleee kannss?

Alahai.
Categories: nostalgia
  1. February 13, 2009 at 12:23 am

    wahhh sgt ensem en_me di kala nostalgia ittew…tabik spring laaa

    ensem ulu ensem parang ghitteww.. ehehe

  2. February 13, 2009 at 12:27 am

    aku habis SPM pun 89 🙂 dan masa tu, cd, dvd pun takde lagi masih video vhs tu. punya la gedabak berbanding sekrang

    gedabak kannns abang azwan tewww..

  3. February 13, 2009 at 12:36 am

    wah..,bestnye dpt merantau ke negera org….

    memang best gileerrr..

  4. February 13, 2009 at 12:39 am

    en-me ke itu??? hehehehe

    mungkin kalo me crop kepala, baghu ko cayerrr kottts.. uhuhu

  5. February 13, 2009 at 12:39 am

    ensem en_me mase muda ye..hiks~

    ensem ulu.. ensem parang.. ekeke

  6. February 13, 2009 at 12:39 am

    ala ala rocker en me ni rupanye… maaan!…that was like 20 years ago story and you’d kept it fresh in your mind bro!
    reading it…reminds me of my American days…gud ol days!…
    How can I not like the State??? Met the love of my life there!!! Nostalgic not??!!

    akak norm study manerrr.. nostalgia kaannnns..

  7. February 13, 2009 at 1:17 am

    wahh! style rock2 gitu~ =)

    ahaha, rock doeloo doelooo..

  8. February 13, 2009 at 4:08 am

    En Me,
    Gua tabik lu!
    Kiranya kau sebaya pakcik aku rasanya, Koleq 1981 tapi ke US tahun 1983 – nama Haidzir orang Perak 🙂
    Kawan aku belajar Michigan – maddruid.com
    Budak2 US tulis di TinKosong.Org tak silap aku 🙂

    ghitewww erk.. oke thanx bro, nanti me check..

  9. February 13, 2009 at 4:24 am

    amvoii…che abang ittew…rock kapak beb!!!!
    kekekeke…
    here, i introduce u 1 blog (http://joebangla.blogspot.com/)… dia adalah blogger melayu yg begitu survive di bumi US.. mmg saya sgt suka dgn blog beliau…u should read!! hehe

    thanx akak umie, nanti me gi ricky one uooolsss..

  10. suw
    February 13, 2009 at 7:10 am

    stail bergambar adalah statik.gitteww

    ekeke, stail gambor doeloo doelooo.. volleee ghitewww

  11. Delaila
    February 13, 2009 at 7:46 am

    hehe… tq sbb menjawab tag saye en me… 23 tu nape? hukhukhuk… sungguh old skool skali gambar² itew ;p ;p ;p… ha… saye taw nape en me x ajak saye gi miri… pi tgk wayang pun lebih ske sorang² kan~! ;p ;p ;p… nikan pulak nak ajak saye… ehehehe…

    ammvoiii, ungkit ungkit ke miri larr fulakkks..

  12. February 13, 2009 at 7:47 am

    nastogianya entri kali ini, kenangan memori silam. he he he

    u cannot buy memori silammms.. it’s priceless.. kannns, ehehe

  13. ain
    February 13, 2009 at 7:48 am

    salam me….amboii hemsem ye zaman2 dulu. Nengok gaya awak bergambar serupa je le gaya hubby gak. Dulu pun dia belajar kat US gak, Old Dominion University.

    ko pong belajar US gak kerrr.. do me know u? u sound familiar one uoolsss..

  14. aida
    February 13, 2009 at 7:58 am

    alahai, kurus keringnya en me… tp pnye otak geliga power! kak aida habis2 merantau ke sabah/labuan aje.. itupun keje 6 bulan kat sana…. jadilah..belajau pun takat SRP aje… ape2 pun tahniah pd en me berjaya dlm hidup !

    pergi ke sabah naik basikal bah..

  15. February 13, 2009 at 7:59 am

    Wah!!!
    en me sgt bergaya ok?
    hehee~

    mmuahhhh.. ahaha

  16. February 13, 2009 at 8:24 am

    slimnya en_me waktu itu…bgmana sekrg? hehehe. Oleh kerna en_me amik SPM thn 1983, maka en_me tak layak nak pggil “kak intan”…hehehe…jauh beza tuh 😀
    juliza adlizan tu berjiran dgn sy, selain drp dia msh utang yayasan pahang, dia jg msh tak byr tempahan katil kawin dia sebyk RM1,500.00….kui30x..

    sib baik me tak panggil ‘makcik intan’ kanns.. ehehe

  17. February 13, 2009 at 8:33 am

    SPM thn 1983? Wah saya baru umur 3 tahun…=P Sangat senior en_me itewww…
    isk taktau nak komen apa la…semua org dh komen..gambar statik, sgt kerempeng, rock kapak..adesss…takyah komen laaa…=P

    saperlarr me yg inih.. kannns, sodeyynyerrr

  18. Rya
    February 13, 2009 at 8:38 am

    Amaran: sila abaikan gambar-gambar nostalgia me yg berusia lebih dua poh tahun dalam entri ini.
    amaran tak berkesan nampaknya..
    semua teruja..ehehe

    korang memang tak makan samannss n lucu.. ghitewww, ekeke

  19. February 13, 2009 at 8:46 am

    isk.. pesanan hati2 di jalan raya sbyk 2x buat ije cuak. uhu.

    hi cek ije.. salam jumaat

  20. February 13, 2009 at 8:57 am

    gambar2 itu sungguh nostalgia… hari ni semayang jumaat di mana pulak hehe

    nostalgia kannns..

  21. February 13, 2009 at 8:57 am

    wowo en me ittew berjiwa rock ropenyer..
    peace bro!!

    ahaha, me rock doeloo doelooo.. ghitewww

  22. February 13, 2009 at 9:07 am

    seronoknye en_me belajau sampai obersi.. huhuhuhuuh

    jomm gi lagikkks.. uhuhu

  23. sootsprite
    February 13, 2009 at 9:26 am

    fewittt~ boleh mengorat tak 😛
    tp nak ngorat yang versi muda uh 😉
    en.me, tgk2 balik gambo tu kn
    teringat cerita melayu zaman awal 90-an
    hehe

    ahaha, zaman azroy azura tewww..

  24. February 13, 2009 at 9:28 am

    Eh..Bro..gambar2 aku kat UNCC dah kena makan anai2…Adalah tinggal2 jugak…Rasanya teringin gak nak kesana…Kenangan Lalu…Jangan lupak join jemaah lg..sikit2 pun tak pa..

    haku ader scan gambo kiter berdua maser kat uncc tewww.. hingat nak tampal kat sinih.. kenerr tunggu larr namfaknyerrr.. ekeke

  25. fizah
    February 13, 2009 at 9:36 am

    perghh..gamba ms mude2 tuu..padanla skang xminat smpan rambut..rupenye dolu2 suke rmbut pjg..hehhe..sy pon pnh bercite2 nk blaja seberang laut..tp apekn daya..

    nak rmbut panjang lagikks.. tp apekn daya.. kannns

  26. February 13, 2009 at 9:56 am

    fuiiiiyooooooo
    hang belajaq obersea ka?
    isk bila la nak dapat pi sana ni

    insyaAllah kalo ader rejeki kamoo.. atau anak anak kamooo

  27. February 13, 2009 at 10:02 am

    woo rock jugak brader nih ms bljaja dodulu yek hehe

    ahaha, rock pong me ikut tabligh one uoolsss..

  28. February 13, 2009 at 10:08 am

    weweeet~
    sy sgt suka tgk gambar bapak sy time dia muda2 dulu
    boleh gelak golek2 hohohho
    kale gambar2 pun cantek!
    classic!
    wahhh ader driving license oversea gitew best!
    btw.. ade apekah pada 13 ari bln nih? terkonpius~

    friday the 13th tewww tahyul kannns.. uhuhu

  29. February 13, 2009 at 10:19 am

    wah..sleeveless aje baju2 nye..hehe

    panasss sehhh.. panassss.. ehehe

  30. Tie
    February 13, 2009 at 10:35 am

    Alai hai…..!!

    Hensem gak!! Rockers pun ada!! Ha ha…..

  31. February 13, 2009 at 11:13 am

    wahhhh…macho ok en_me kte dlu….beshnyerr dpt study oversea kans…N tingin nk study sane..tp x ley bjaohansss…canerr giteww..??

  32. February 13, 2009 at 11:19 am

    wahhh..bestnye blaja kat luar negara..

    hehe..stylo laaa en_me..hehe

  33. February 13, 2009 at 1:31 pm

    retro giler..hehehehe..

  34. February 13, 2009 at 2:08 pm

    aku pon pernah g USA… blaja situ… hehehe…

  35. February 13, 2009 at 2:56 pm

    nostalgianyer en.me….
    gomen malas hantar lg student p amerika tuh bukan sbb apa….ramai pegi xnak blk lg agaknyer…hantar org dah keje terjamin sikit kepulangannyer…ngeee

  36. February 13, 2009 at 3:16 pm

    Citer kau mmg best en me, kalau kau dah belajar kau u sana 1988 makna kau ngan aku tak jauh beza umur.
    ps:game 1942 tu kegemaran aku, boleh main sampai habis hehehe terel juga aku ni en me

  37. February 13, 2009 at 3:31 pm

    I ada gambar yg pertama tu, masih dalam simpanan.. temanmu Raden@9W2SOJ

  38. February 13, 2009 at 4:07 pm

    en_me.. sungguh akak x sangka… tsk tsk.. Kan men lagik dia posing cm Brad Pit giteww. awwww.. Best ar dpt g US. Klu dulukenal en-me, leh akak pesan beli meknet byk2.
    hehe..:P

  39. February 13, 2009 at 4:20 pm

    En_me …..
    Ammmbbooiiii macam mana boleh tak ingat kita kat CSM Golden dulu??????
    Sampai hati … walhal waktu English course dulu kita kan sama sama … nostalgia sungguh!!!,
    (Satu english course, satu state ….)
    Anyway En_me masih keep in touch lagi ker ngan bebudak Arapahoe tuh (Ghazali Ishak (bukan Ghazali ini), Awe dan sebagainya)

  40. February 13, 2009 at 4:49 pm

    Nostalgia ..
    mungkinkah parang lebih ensem dari ulu..?

  41. February 13, 2009 at 8:16 pm

    waaaaaaaa..seluar jin kecik kecut yang sangat rawks dan dan sheksi shekali…

  42. February 14, 2009 at 2:18 pm

    waaa.pnjng lebar…gmbo yg ala2 zaman2 pelakon cerita2 badul, os, ali setan…hehehe

    bnyk tol la 25 things about en_me neh

  43. February 14, 2009 at 2:54 pm

    wooo..ini betul-betul nostalgia..SPM 1983..saya tengah seronot baru belajar berjalan…hiks..

  44. buzzybug
    February 14, 2009 at 10:59 pm

    en_me rock laa!!

    x main soccer ngan mat2 saleh ke?

  45. February 14, 2009 at 11:04 pm

    salam en_me itewwww..he..he..jue dah dapat bayangkan muka u skang..he..he..thanks memakbulkan impiandan cita2 jue….ahaks…

  46. Sha
    February 16, 2009 at 10:19 am

    oh en_me!!! hehehehe sha baru je tinggalkan beberapa hari …so many things goin on …whoaaaa…rock u broo

  47. February 16, 2009 at 3:22 pm

    salam en_me.. jauh berjalan yer.. maknanya sekarang ni umo en_me dah 43 tahun la yer.. memang nostalgia sungguh..

  48. February 16, 2009 at 11:37 pm

    nostalgia yg indah pastinya…

  49. February 16, 2009 at 11:56 pm

    menariknya pengalaman en me.. sangat sangat menarik 🙂

  50. February 17, 2009 at 12:56 pm

    wah kakang ku ini geng (insyallah 3 hari) rupenyer..janggut sejemput yang masis-manis ittew…Balai polis seksyen 6 masih cam gitu, suraunye ada lar ubah+tambah sikeet…Kang aku tak dapat email pon?…nak souvenir mende?…ishin arr…

  51. nur
    February 17, 2009 at 2:30 pm

    ni rupenye en_me. first time tgk gamba. hehe..
    hensem ar mase mude2.. hehehe :)))

  52. February 18, 2009 at 11:57 am

    zamz rock kapak bebeh neh. hehe
    sure en_me ada baju takde lengan matahari jepun kan. hehe 🙂

  53. February 18, 2009 at 2:41 pm

    boss sy sedang cuti belajar di amerika…
    ini blognye http://ctzuana.blogspot.com/

    seronoknye en me itteww kutip pengalaman di US ketika muda… x bwk minah salleh sorang kerr??

  54. azi
    February 21, 2009 at 10:25 pm

    jauh nye kamu belajar
    amek course ape eh dlu?

  55. February 10, 2012 at 2:06 pm

    ayah saya dulu rock kapak jugak. pastu masa study kat us dia ikut tabligh jugak.

    agaknya mmg tabligh ni giat kot zaman tu?

    *takpe ye en me. udah baca entri ni lambat…komen pun lambat lah. ihiks!

  1. No trackbacks yet.

Leave a reply to nadxoxo Cancel reply