Search Results

Keyword: ‘jalang’

then & now: makam cik siti jalang

September 15, 2009 26 comments

(insert makam cik siti jalang)

left: pictures taken from ‘peninggalan sejarah di pesisiran sungai johor’ by kamarudin ab. razak (circa 1995)
right: pictures taken by me at the same location (12/9/2009)

Dipendekkan cerita, me sudah tersesat masa mencari makam cik siti jalang atau cik siti aminah tanah masyhur itu. Tetapi ditakdirkan juga, dalam kesesatan di hujung jalan, me terjumpa saudara nafi yg sudi membawa me masuk ke perkarangan tempat beradanya makam itu.

Makam yg terletak di perkarangan bekas kilang papan yg terbiar telah berkunci pagarnya. Kami memasuki melalui celah pagar.

Dipendekkan cerita juga, kami sampai ke makam yg tersembunyi di belakang kilang itu setelah melalui semak samun. Walaupun kawasan makam di pagari, tetapi tidak dijaga.

Maka jawapan teka teki mengapa suami cik siti jalang yg terakhir tidak mati terjawap juga. Nafi memberitahu,

laki cik siti seorang alim ulama juga, banyak hal yg beliau tahu.. yg dapat melawan ilmu hitam dan menyejukkan hati cik siti jalang itu..

ferris11.gif Gambar-gambar ‘jejak cari makam cik siti jalang’ me yg lain juga ada di aminus3. Moga kawan-kawan berpuas hati.

(insert story board of cik siti jalang)

a storyboard to be remembered

Alahai.

Categories: history, then & now

akak anon jalang

September 14, 2009 31 comments

(insert makam cik siti)

the grave of cik siti
kampung tembioh, kota tinggi

Sila abaikan tajuk.

Dulu masa zaman sekolah, me pernah terdengar teka-teki tentang cik siti jalang dari seorang rakan me.

Ada seorang Siti. Yg sungguh kaya dan jelita. Ber’getah’ orangnya. Kulitnya mulus. Kerana sering disental dan dilulur dengan bedak kulit langsat. Senyumannya macam bulan lima belas. Lantas, lelaki manalah yang tidak jatuh hati kepadanya, alahai.

Maka, Siti Jalang diberi nama. Kerana pernah berlaki sembilan poh sembilan orang kesemuanya. Kahwin siang, malam mati. Kahwin siang, malam mati. Kahwin siang, malam mati. Hatta, sembilan poh sembilan orang kesemua lakinya pun habis matilah.

Tapi ditakdirkan juga, laki siti jalang ke sehatus yg masih hidup kekal hingga akhir hayat mereka adanya.

Soalannya, yg pertama, kenapa kesemua sembilan poh sembilan lakinya mati pada malam pertama?

Dan soalan yg kedua, kenapa lakinya yg ke sehatus tidak mati pula?

Yg me ingat, jawapan soalan pertama. Sebabnya vagina cik siti seperti ada pisau cukur didalamnya. Akan men’zrass’ kesemua lelaki yg bersenggama dengannya. Bilang kawan me yg bercerita itu. Entahkan betul entahkan tidak.

Selama ini me ingat cuma cerita olok-olok. Sehingga kelmarin masa me jalan-jalan menjejaki sejarah kesultanan johor lama. Me terjumpa kisah cik siti jalang yg kaya dan jelita itu. Kisah yg betul belaka. Sebab ada makam beliau di kota tinggi juga.

Jadi hari sabtu kelmarin me sudah terjah ke kampung tembioh, terletaknya makam cik siti jalang itu. Sambil mencari jawapan kepada soalan teka-teki yg kedua itu. (Bersambung – then & now: makam cik siti jalang..)

Alahai.

Categories: history

kota & makam tauhid

May 24, 2010 4 comments

aQi (12) posing beside the information board

Pagi ahad me sudah terjah ke kota tinggi. Cadangan mQ (my queen) nak beli baju kurung dan tudung buat aTi (18).

Sambil me singgah  seketika ke Kota & Makam Tauhid (ditulis ‘Touhid’ dalam papantanda itu). Satu-satunya tempat sejarah kerajaan johor lama yang me belum singgah di bandar kota tinggi. Sebelum ini, me sudah ziarah makam sultan mahmud mangkat dijulang, makam cik siti jalang, makam tun habib, dan makam laksamana bentan.

Kota dan Makam Touhid, merupakan ibu negeri Johor yang ke 8, terletak di Tanah Besar Johor. Kota Ini menjadi ibu negeri Johor sebanyak dua kali iaitu pada TM1637 semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil Shah III (1623 – 1677) dan semasa pemerintahan Bendahara (Sultan) Abdul Jalil Riayat Shah (1699 – 1718).

Semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil Shah III, baginda bersahabat baik dengan Belanda. Baginda telah membina kota ini dengan menggunakan batu-bata yang diperkenalkan oleh Belanda. Walaubagaimanapun pada TM 1642, kota ini ditinggalkan kerana kawasan ini diserang penyakit dan membuat ibu negeri yang baru di Pasir Raja.

Kota ini sekali lagi dijadikan ibu negeri Johor semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah dan ditinggalkan kali kedua, berpindah ke Panchor. Kota ini kemudiannya dijadikan sebagai tanah perkuburan pembesar-pembesar Johor, sehingga menimbulkan kekeliruan tentang asal-usulnya yang kemudiannya dikenali sebagai Kota Makam Touhid. Kerja-kerja restorasi bangunan ini telah dilakukan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti (tahun?).

Bila sampai memang kawasan makam (atau kota) yang semak samun. Me masuk juga.

Alahai.

Categories: historical place

muzium kota tinggi

September 15, 2009 17 comments

(insert sultan johor was captured by acheh))

sultan alauddin riayat syah ii (the second sultan of johore) was captured by acheh (1564)

Sebenarnya, sebelum me melawat makam cik siti jalang itu, me sudah melawat muzium kota tinggi untuk pertama kalinya juga. Lokasinya betul-betul di simpang jalan mawai menuju ke desaru.

Diluar muzium ada replika contoh-contoh batu nesan acheh dari pelbagai makam di sekitar sungai johor. Termasuk batu nesan cik siti jalang.

Pemerintahan kesultanan johor di sungai johor (1529 – 1718) dibawah pemerintah 11 orang sultan bermula dari sultan alauddin riayat shah ii hingga sultan abdul jalil riayat shah iv.

Selama itulah, kota-kota pemerintahan juga berpindah randah, termasuklah di kota johor lama (teluk sengat), panchor, bukit seluyut, batu sawar, kota tinggi dan sayong pinang.

Selain sejarah kesultanan johor lama, terdapat juga galeri menteri-menteri besar di tingkat atas. Untuk makluman, menteri besar sekarang, dato haji abdul ghani othman adalah menteri besar johor yg ke empatbelas.

Galeri kembara johor oleh tengku mahkota johor juga dipenuhi dengan cenderamata dari rakyat jelata di sudut muzium yg satu lagi.

Tapi me pelik, terkilan dan musykil juga, sebab kerajaan johor moden tidak dipamerkan disitu. Bila me tanya, abang penjaga kaunter itu bilang,

enchek me kena pergi muzium sultan kat johor bahru..

(insert inside kota tinggi museum)

from left: old johor forts location, badang (symbol and figure of strong, courage and braver), diorama signing ceremony between johor – betawi 1685,  and chaping

Tapi me faham juga akhirnya. Tiada kesinambungan kerajaan johor lama dengan kerajaan johor moden. Sebab me ada terbaca dalam kisah sibongkok tanjung puteri yg menyayat hati itu.

Alahai.

Categories: history