Archive

Archive for the ‘historical place’ Category

Are You From Malaya?

November 10, 2010 52 comments

Based on the description of the Mausoleum of Halicarnassus in Asia Minor, now Turkey, this imposing monument honours Australian soldiers who gave their lives in war.

Tanya makcik penjaga tugu peringatan di atas. Macam zaman penjajah british pula rasanya.

[+ gambar makcik bule yg bertanya ada dlm fotolumayan me oke ]

Sebenarnya petang ahad kelmarin, me sudah terjah ke taman tugu peringatan (royal botanic garden and kings domain), dipanggil ‘shrine of remembrance’ yg terletak di jalan st kilda.

Bila me sampai hari dah petang, sebenarnya lagi setengah jam pula tugu akan ditutup. Sempat juga panjat balkoni dan tangkap gambar sebelum dihalau keluar oleh makcik penjaga tugu itu.

Bila tepat jam 5 petang, pintu tugu sudah ditutup dan pelawat hanya dibenar mengambil gambar diluar sahaja. Tapi sungguh tak disangka, buah cempedak dah jadi nangka. Kebetulan juga setiausaha negeri amerika (baca ‘US Secretary of State’), puan hillary clinton pun berada disana. [+ Sky News: Clinton honours Australia’s War Heroes ] Sanggup tunggu berjam-jam semata-mata nak tengok wanita paling berkuasa di dunia itu.

Tapi sebagai orang awam yg diarahkan ‘main jauh-jauh’ di luar perimeter tempat majlis, dan tidak membawa lens panjang (baca ‘telephoto lens’) adalah sesuatu yg mendukacitakan.

Cerita berkaitan. Khamis ini, 11hb november 2010, tepat jam 11.11 pagi akan diadakan upacara peringatan tahunan juga di situ.

[+ more pictures around and inside the shrine in my fotolumayan ]

Alahai.

jalan-jalan temasek: episode II

September 16, 2010 6 comments
raffles

The statue depicts Raffles, standing tall, arms folded, with an aura of quiet assurance.

Ini adalah episod kedua dari enam episod me jalan-jalan ke pulau temasek pada hujung minggu yg baru lepas.

Dari patung merlion (ikan duyung) di marina bay, me terus berjalan kaki menyusuri sungai singapura ke tempat terletaknya patung stamford raffles. Memang ramai pelawat terutamanya dari negara matahari terbit.

Alahai.

jalan-jalan temasek: episode V

September 14, 2010 12 comments
opium hill

I asked him to visit some historical places, although there was a resistance at first (Opium Hill, Pepys Road, Off Pasir Panjang Road)

[+ more pictures in my fotolumayan ]

Ini adalah episod kelima dari enam episod me jalan-jalan ke pulau temasek pada hujung minggu yg baru lepas.

Sebelum pulang ke tanah besar (dari pulau belakang mati), me sempat singgah ke bukit chandu, dimana leftenan adnan dan pasukan tentera melayunya pernah cuba mempertahankan tanah yg berdaulat hingga ke titisan darah terakhir dari tentera nippon pada 14hb Febuari 1942.

Alahai.

Cinta Tak Semestinya Sepotong

August 24, 2010 84 comments
malaysia

From Perlis to Sabah (for our nation's 53rd Merdeka Day next week)

Dari
Kangar – Alor Setar – (Sungai Petani) – Butterworth – Ipoh – Tanjung Tualang – Bota Kiri – Bota Kanan – (Pantai Remis) – Manjung – (Sungai Buloh) – Shah Alam – Petaling Jaya – TTDI – Ampang – Keramat – (Gombak) – Putrajaya

Limpas
Puchong – Seremban – Nilai – Melaka – Jempol – Jasin – Muar – Parit Sulong – Pontian – Masai – Pasir Gudang – Saleng – Bandar Putra – Kulai

Terus
Mersing – Kuantan –
Kemaman – Dungun – (Ajil) – Kuala Terengganu – (Kota Bharu) – Kuala Lipis – Temerloh – Bandar Tenggara

Terbang ke
Kota Samarahan – Bintulu – Miri – Kota Kinabalu – Kota Marudu – Tawau

Terimakasih kengkawan blogger semualah (diseluruh pelusuk tanahair) kerana membuat me lebih merasa bangga menjadi rakyat Malaysia yg merdeka.

Sumpah!

Categories: historical place

orange things I snapped last weekend

August 22, 2010 30 comments
orange

Left: aQi is standing next to the orange coach parking infront of muzium samudera, while on the right is yaasir's hand touching the oranges at MBG kiosk (Dataran Pahlawan)

Masih cerita di dataran pahlawan, melaka.

Bila tiba di tempat letak kereta bawah dataran pahlawan memanglah mencabar juga. Sebab hanya satu tingkat bawah tanah saja dan memang penuh dengan kenderaan.  Lebih setengah jam me mundar mandir dan pusing keliling tawaf bagai barulah lega dapat tempat letak kereta.

Me nak ucap salam berhujung minggu buat kengkawan semua. Esok dah kerja.

Alahai.

Categories: historical place

rebonding

July 11, 2010 12 comments
pos office

can we buy stamps without going to the pos office? (Pos Malaysia Pontian)

Bukan rebonding, tapi rebranding. Gasaklah kan.

Sebenarnya me sudah tahu minggu lepas (1 haribulan Julai 2010). Masa me beli setem kenang-kenangan keluaran terbaru di pejabat pos ampang park. Setem definitif-taraf baru, katanya.

Harga setem sudah dinaikkan dari tiga posen menjadi enam posen. 100 % kata doktor garang yg itu.

Dan jumaat lepas, masa me ke bandar pontian atas urusan seri paduka baginda, logo pejabat pos pun sudah tukar jadi baru. Dari seekor burung (kanan) sudah jadi tiga ekor burung (kiri). [+pos malaysia ]

Alahai.

Categories: historical place

kota & makam tauhid

May 24, 2010 4 comments

aQi (12) posing beside the information board

Pagi ahad me sudah terjah ke kota tinggi. Cadangan mQ (my queen) nak beli baju kurung dan tudung buat aTi (18).

Sambil me singgah  seketika ke Kota & Makam Tauhid (ditulis ‘Touhid’ dalam papantanda itu). Satu-satunya tempat sejarah kerajaan johor lama yang me belum singgah di bandar kota tinggi. Sebelum ini, me sudah ziarah makam sultan mahmud mangkat dijulang, makam cik siti jalang, makam tun habib, dan makam laksamana bentan.

Kota dan Makam Touhid, merupakan ibu negeri Johor yang ke 8, terletak di Tanah Besar Johor. Kota Ini menjadi ibu negeri Johor sebanyak dua kali iaitu pada TM1637 semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil Shah III (1623 – 1677) dan semasa pemerintahan Bendahara (Sultan) Abdul Jalil Riayat Shah (1699 – 1718).

Semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil Shah III, baginda bersahabat baik dengan Belanda. Baginda telah membina kota ini dengan menggunakan batu-bata yang diperkenalkan oleh Belanda. Walaubagaimanapun pada TM 1642, kota ini ditinggalkan kerana kawasan ini diserang penyakit dan membuat ibu negeri yang baru di Pasir Raja.

Kota ini sekali lagi dijadikan ibu negeri Johor semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah dan ditinggalkan kali kedua, berpindah ke Panchor. Kota ini kemudiannya dijadikan sebagai tanah perkuburan pembesar-pembesar Johor, sehingga menimbulkan kekeliruan tentang asal-usulnya yang kemudiannya dikenali sebagai Kota Makam Touhid. Kerja-kerja restorasi bangunan ini telah dilakukan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti (tahun?).

Bila sampai memang kawasan makam (atau kota) yang semak samun. Me masuk juga.

Alahai.

Categories: historical place